FAHAMI PROSES DAN IMPAK KEPADA PELANGGAN SERTA SYARIKAT


Apa Itu Proses?

Sama ada dalam industri pembuatan, pengilangan atau perkhidmatan, proses bermaksud 1 set kerja atau tugasan yang perlu disempurnakan dalam memenuhi tuntutan aktiviti yang telah ditetapkan. Ini termasuklah mereka yang bertanggungjawab dalam mengendalikan dan menyempurnakan setiap langkah bagi kerja atau tugasan tersebut.


Apa Pula Penambahbaikan Proses

Penambahbaikan Proses pula bermaksud 1 langkah proaktif untuk mengenalpasti, menganalisa dan memperbaiki serta meningkatkan proses sedia ada di dalam syarikat atau organisasi. Ia bertujuan untuk mengoptimumkan standard kualiti demi memenuhi tuntutan dan kehendak pelanggan.



Sebab Pelanggan!

Pelanggan sentiasa memerhati dan mempunyai "harapan" yang tinggi daripada anda. Mereka tidak suka kepada prestasi yang sama atau biasa-biasa. Ini kerana mereka yang sanggup berhabis duit membeli produk atau servis anda.

Proses (sama ada baik atau buruk) yang akan menentukan pelanggan anda gembira atau sebaliknya.



Apa Kepentingan Penambahbaikan Proses?

1) Perniagaan anda menjadi lebih kompetitif dan lebih berkembang

~ Dengan memahami dan mengenalpasti proses anda (pantas dan berkesan atau sebaliknya) anda akan dapat mengesan kelemahan dan memudahkan anda untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan. Ini sekaligus menjadikan kualiti produk dan servis anda bertambah baik, pelanggan lebih gembiran dan setia dan prestasi syraikat anda lebih hebat.

2) Meningkatkan Keuntungan
~ Penambahbaikan proses bermakna kecekapan akan lebih meningkat tanpa perlu mengabaikan kualiti dan konsistensi.
~ Anda dapat menjimatkan kos dan masa, pelanggan tidak lari dan kerja lebih pantas dari sebelumnya.

Comments

Popular posts from this blog

BAHAGIAN 10 - KITARAN PDCA (PLAN, DO, CHECK, ACT) UNTUK PENINGKATAN BERTERUSAN

5 TIPS UNTUK PENINGKATAN KUALITI

KEPUASAN PELANGGAN BOLEH MENINGKATKAN KEUNTUNGAN?