Posts

Showing posts from August, 2016

BAGAIMANA DMAIC BOLEH MEMBANTU MENINGKATKAN PROSES?

Image
Sebelum mula, kita perlu: Jelas dan betul-betul faham apa masalah@apa yang tidak kena dengan proses kita Pastikan staf atau rakan sekerja yang mengendalikan proses atau yang bertanggungjawab untuk mengendalikan peningkatan proses dapat membantu kita Berkongsi dengan team tentang perancangan penambahbaikan proses dan apakah target prestasi yang perlu dicapai. D – DEFINE Peringkat ini adalah untuk mengesan masalah. Kita perlu kenalpasti dan tentukan jenis masalah yang dihadapi. Perlu ambil kira apa yang pelanggan ‘sakit hati’ dengan produk atau perkhidmatan kita. Cuba guna soalan di bawah untuk memudahkan kita mendapat jawapan     (a) Apa yang tidak kena?      (b) Apakah yang pelanggan inginkan dan jangkakan?     (c) Di mana punca kesilapan atau permasalahan itu?     (d) Apakah simptom permasalahan tersebut?     (e) Apakah matlamat penambahbaikan? Apa yang anda jangkakan dari hasil               penambahbaikan?      (f)

FAHAMI PROSES DAN IMPAK KEPADA PELANGGAN SERTA SYARIKAT

Image
Apa Itu Proses? Sama ada dalam industri pembuatan, pengilangan atau perkhidmatan, proses bermaksud 1 set kerja atau tugasan yang perlu disempurnakan dalam memenuhi tuntutan aktiviti yang telah ditetapkan. Ini termasuklah mereka yang bertanggungjawab dalam mengendalikan dan menyempurnakan setiap langkah bagi kerja atau tugasan tersebut. Apa Pula Penambahbaikan Proses Penambahbaikan Proses pula bermaksud 1 langkah proaktif untuk mengenalpasti, menganalisa dan memperbaiki serta meningkatkan proses sedia ada di dalam syarikat atau organisasi. Ia bertujuan untuk mengoptimumkan standard kualiti demi memenuhi tuntutan dan kehendak pelanggan. Sebab Pelanggan! Pelanggan sentiasa memerhati dan mempunyai "harapan" yang tinggi daripada anda. Mereka tidak suka kepada prestasi yang sama atau biasa-biasa. Ini kerana mereka yang sanggup berhabis duit membeli produk atau servis anda. Proses (sama ada baik atau buruk) yang akan menentukan pelanggan anda gembira a