Posts

Showing posts from December, 2014

BAHAGIAN 6 : APAKAH AKTIVITI YANG MERUGIKAN SYARIKAT?

Image
Kebanyakan syarikat di Malaysia, merasakan operasi syarikat mereka telah berjalan dengan efisyen dan tidak perlu kepada penambahbaikan dengan cara menyingkirkan “waste”.  Sebenarnya, “waste” terdapat di dalam mana-mana syarikat terutama industri perkhidmatan, perkilangan atau pembuatan. “Waste” ini akan memaksa sesebuah syarikat untuk mengeluarkan kos tersembunyi ini di dalam jumlah yang besar. Syarikat yang proaktif akan mengambil tindakan segera dengan mengenalpasti “waste” dan sekaligus menyingkirkan “waste” tersebut bagi mencapai penjimatan kos. Apa itu “waste”? “Waste” (pembaziran) ini bukanlah bermaksud sisa atau bahan buangan seperti sampah sarap. Tetapi “Waste” merujuk kepada sebarang aktiviti di dalam sesuatu proses yang tidak memberikan sebarang nilai tambah kepada pelanggan. Jenis-Jenis “Waste” Asal pecahan “Waste” terbahagi kepada 7 atau dirujuk sebagai T.I.M.W.O.O.D iaitu Transport (Pengangkutan), Inventory (Inventori), Motion (Pergerakan), Over Proce