Posts

Showing posts from November, 2013

Lean Quotes

Are you too busy for improvement? Frequently, I am rebuffed by people who say they are too busy and have no time for such activities. I make it a point to respond by telling people, look, you'll stop being busy either when you die or when the company goes bankrupt. - Dr Shigeo Shingo

BAHAGIAN 4 - PRINSIP-PRINSIP LEAN

Image
Pada masa kini banyak syarikat bukan berorientasikan pembuatan yang telah “terbuka hati” untuk melakukan transformasi dengan mengamalkan Lean. Ini kerana konsep Lean yang menekankan aspek kepentingan kepuasan pelanggan. Bagi membantu syarikat melalui transformasi tersebut demi memenuhi kepuasan pelanggan, terdapat 5 prinsip yang mewakili kitaran peningkatan berterusan ( continuous improvement ) yang bertindak sebagai asas kepada kejayaan pelaksanaan Lean. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti yang berikut: 1)         Menentukan Nilai ( Specify Value ) – Apa yang pelanggan sanggup bayar. Menentukan Nilai sesuatu produk atau perkhidmatan dari sudut perspektif pelanggan (end customer/user) iaitu kebolehan memberikan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan pada masa yang tepat dengan harga yang bersesuaian yang dapat memenuhi objektif dan kepuasan pelanggan. Nilai hanya boleh ditentukan oleh pelanggan walaupun secara dasarnya produk dihasilkan oleh syarikat. 2)    

Sayings Of Taiichi Ohno On Efficiency

Every decision must be based on these principles: "Can the cost be lowered?" and "Can this action help the company's overall performance? Source: Kaiban, Just In Time At Toyota

BAHAGIAN 3 – PENGENALAN LEAN

Image
          Dalam industri pembuatan dan pengilangan, Lean sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Namun, tidak ramai yang “percaya” bahawa Lean merupakan antara tonggak utama untuk membawa sesebuah syarikat lebih maju ke hadapan. Lean merupakan satu revolusi yang membawa perubahan secara keseluruhan kepada sesuatu perniagaan. Ia berkait rapat dengan rantaian bekalan (supply chain), pengurusan perniagaan dan pengurusan sumber manusia. Seperti yang pernah dikongsikan sebelum ini, Lean didefinisikan sebagai suatu prinsip dan kaedah yang memberi fokus kepada penghapusan aktiviti “non-value added” di dalam proses yang boleh menyebabkan pembaziran (waste). Ia juga digelar sebagai Lean kerana pada pengakhirannya, sesuatu proses itu masih boleh berjalan dengan: (i)         berkurangannya penggunaan bahan material; (ii)        pelaburan atau modal yang lebih rendah; (iii)       berkurangannya penggunaan inventori; (iv)       tidak menggunakan banyak ruang; (v)      

BAHAGIAN 2 - SEJARAH LEAN

Bila sebut sahaja “Lean”, para “Pemikir Lean” pasti akan merujuk kepada Pendekatan Pembuatan Lean (“Lean Production Approach”) yang dipelopori oleh Toyota dan buku yang dihasilkan oleh James Womack bertajuk “The Machine That Changed The World” (Womack 1990). Buku tersebut adalah buku pertama yang bertanggungjawab menonjolkan kaedah pembuatan orang Jepun berbanding sistem pembuatan tradisional orang Barat iaitu “mass production system”. Buku tersebut juga telah menekankan bahawa kaedah yang ditekankan oleh orang Jepun adalah lebih baik berbanding sistem orang Barat. Disusuli dengan buku kedua iaitu Lean Thinking: Banish Waste and Create Wealth in your Organization (Womack & Jones 1996) , buku ini telah menekankan tentang prinsip-prinsip Lean. Berbalik kepada sejarah Lean, pada hujung tahun 1890, Frederick W Taylor menjadi orang pertama yang mengkaji pengurusan pembuatan sehingga ia berjaya dijadikan sebagai satu 'standard' dalam bidang pembuatan. Pada tahun 191