Posts

Showing posts from 2015

ARTIKEL PILIHAN : IT"S TIME TO RETHINK YOUR CUSTOMER RETURNS

Image
"In difficult economic times, the more you can control both the revenue and cost implications of customer returns the better off your company will be." By Diane A. Mollenkopf, Associate Professor of Logistics, University of Tennessee - Industry Week - Ikuti Arikel Penuh di link ini :  It's Time to Rethink Your Customer Returns

TIPS MENINGKATKAN KEPUASAN PELANGGAN

Image
Menjaga kepuasan hati pelanggan adalah antara resepi kejayaan perniagaan anda. Kepuasan pelanggan tidak hanya penting kepada pelanggan, tetapi juga kepada perniagaan anda. Ia memberikan kesan keuntungan kepada syarikat anda secara langsung. Berikut adalah tips untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan anda.

JANGAN TUNGGU PELANGGAN TIDAK BERPUAS HATI BARU ANDA HENDAK BERTINDAK!

Image
Pelanggan yang tidak berpuas hati sering dilihat sebagai satu 'kuasa besar'. Pasti ada impak yang besar jika mereka mula berasa tidak berpuas hati. Rasa ketidakpuasan hati pelanggan ini perlulah ditangani secara proaktif tanpa mengira besar atau kecil syarikat anda. Ini kerana jika anda alpa, ia mampu memberikan impak negatif bukan sahaja dari sudut imej dan reputasi malah juga kewangan syarikat anda. Kenapa anda perlu bertindak segera jika pelanggan anda bertukar menjadi tidak puas hati ? 1)     Seperkara yang perlu anda tahu, Pelanggan yang tidak berpuas hati lebih emosional daripada pelanggan yang berpuas hati. Mereka dengan rasa tidak puas hati yang meluap-luap akan mencari pelbagai cara dan medium untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka. Contohnya melalui media sosial. Biasanya kebanyakan orang di luar sana akan lebih terarah kepada berita yang negatif berbanding yang positif. 2) Perlu ditanam dalam minda anda, walaupun anda tidak ada ata

INSPIRASI

Image

ARTIKEL PILIHAN - 10 REASONS WHY YOU SHOULD ALWAYS LISTEN TO YOUR CUSTOMERS

Image
"It is more important than ever to listen to your customers - and if you've ever checked TripAdvisor you'll realise why. These days, thanks to social media and the internet, customers have a louder voice than ever before. Sites like Twitter also enable angry customers to make their thoughts heard, and it's important that businesses deal with these grievances, acknowledge, and act if they are going to keep their customers happy. So why should businesses listen to their customers? Here are 10 reasons:" ..........- HRM Guide Bacaan lanjut sila ke link ini :  http://www.hrmguide.co.uk/communication/listen-to-customers.htm

CRITICAL TO QUALITY – MEMBANTU MEMAHAMI KEHENDAK PELANGGAN YANG TERLALU UMUM KEPADA YANG LEBIH SPESIFIK

Image
Penerangan ringkas CTQ: Critical To Quality atau CTQ sering digunakan sebagai sebahagian kaedah Six Sigma untuk membantu menghuraikan kehendak pelanggan daripada yang terlalu umum kepada yang lebih spesifik agar ia selaras dengan apa yang sebenarnya pelanggan inginkan sekaligus memuaskan hati mereka. CTQ digunakan selepas anda memperolehi data atau maklumat hasil daripada Voice Of Customer. Contohnya: Kelebihan CTQ: i)            Membantu anda atau pasukan anda untuk mendapatkan butiran spesifikasi dengan lebih terperinci; ii)           Memberikan jaminan bahawa semua karakter dan ciri-ciri yang dikehendaki oleh pelanggan dipenuhi; Contoh Kehendak Pelanggan yang terlalu umum: “Saya inginkan kopi yang sedap” “Saya inginkan khidmat pelanggan yang baik” Langkah-langkah CTQ: 1)    Kenalpasti kehendak pelanggan yang paling kritikal/utama. Caranya: Dapatkan maklumat daripada pelanggan atau paling tidak daripada rakan sekerja atau unit dalam

INSPIRASI

Image

VOICE OF CUSTOMER (SUARA PELANGGAN)

Image
Banyak syarikat yang merasakan mereka memang sudah tahu dan mengenali pelanggan mereka. Tetapi sebenarnya sangat sedikit syarikat yang betul-betul mengenali pelanggan dan mengetahui apa yang mereka inginkan. Jika anda pernah mengalami situasi di mana anda telah menghabiskan modal, masa dan tenaga untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan tetapi akhirnya, bukan itu yang pelanggan anda inginkan, ini petanda anda perlu bertindak dengan mendengar Suara Pelanggan anda. Suara Pelanggan atau Voice Of Customer (VOC) merupakan satu kaedah Six Sigma untuk membantu anda mengenalpasti apa yang pelanggan anda inginkan dengan tepat. APA ITU VOC? 1)  VOC merupakan satu alat atau kaedah yang memfokuskan kepada:             i)          keperluan pelanggan,             ii)         apa yang pelanggan jangkakan (expectation); dan             iii)        peningkatan/penambahbaikan produk dan perkhidmatan. 2) VOC adalah satu cara pelanggan menggambarkan apa yang mereka rasa

INSPIRASI

Image

ARTIKEL PILIHAN - CONTINUOUS IMPROVEMENT REQUIRES SERVANT LEADERSHIP

Image
"Continuous Improvement is a service program and should be dedicated to elevating the minds and talents of everyone within the organization." Sila lawati link ini untuk bacaan lanjut :   http://www.industryweek.com/lean-six-sigma/continuous-improvement-requires-servant-leadership

5 TIPS UNTUK PENINGKATAN KUALITI

Image
Peningkatan dan penambahbaikan kualiti dapat membantu perniagaan anda berada di dalam tahap prestasi yang terbaik. Melalui peningkatan dan penambaikan kualiti anda mampu menjimatkan wang poket anda, meningkatkan keuntungan, memperolehi lebih banyak bisnes dan kepuasan pelanggan anda sentiasa terbela. Di bawah ini saya sediakan infografik bagi Tips Untuk Peningkatan Kualiti #tingkatkankeuntungan #leansixsigma #penambahbaikanberterusan #kualiti

ARTIKEL PILIHAN - GOING LEAN IN SMALL SHOP

Image
"Going Lean in a Small Shop. Your shop doesn’t have to be huge to make lean principles work." Kelebihan Lean untuk syarikat atau kedai yang kecil/sederhana. Sila lawati link ini :  http://www.fenderbender.com/FenderBender/June-2010/Little-and-Lean/ #syarikatkecildansederhana #IKS #leanmalaysia leansixsigma #artikelpilihan

KISAH USAHWAN KEK COKLAT & D.M.A.I.C (BAH.2)

3) ANALYZE (Analisa) Apakah faktor permasalahan? Selepas melalui proses penilaian dan pemerhatian di peringkat MEASURE, kini Puan Leha perlu menganalisa hasil penilaian dan pemerhatiannya bagaimana untuk ditambah baik dan dipertingkatkan. Hasil pemerhatiannya, ada kala pekerjanya tidak mengikut sukatan seperti yang sepatutnya yang membuatkan rasa pahit. Waktu puncak terutamanya, jumlah tempahan meningkat yang juga faktor penyebab wujudnya variasi dalam adunan. Puan Leha juga mendapati wujud keperluan untuk menambahbaik sistem inventori supaya masalah putus bekalan bahan mentah dapat diatasi dan juga melihat kemungkinan menambah bilangan pekerja supaya proses pembuatan kek berjalan lancar. Jika kedua perkara penting ini ditambah baik, Puan Leha mampu mengatasi masalah kualiti produk dan juga penghantaran pesanan yang lebih tepat serta pantas. 4) IMPROVE (Perbaiki) Bagaimanakah ia boleh ditambah baik dan ditingkatkan? Segala penilaian dan permaslahan adal

INSPIRASI

Image
#inspirasi #leansixsigma

KISAH USAHAWAN KEK COKLAT & D.M.A.I.C (BAH.1)

Image
DMAIC adalah senjata utama bagi six sigma. Bagi yang baru mendengar tentang DMAIC dan six sigma pasti akan merasa ragu-ragu dan takut untuk menggunakan DMAIC. Mereka takut jika mereka perlu menjadi pakar statistik atau matematik sebelum boleh menggunakan DMAIC. DMAIC adalah penyelesai masalah. dalam perniagaan tidak kira apa jenis pun, kerana kita pasti tidak dapat lari dari permasalahan. Kita sebagai pemilik perniagaan sedaya upaya untuk mencari apakah punca kepada permasalahan kita. Beberapa contoh seperti bagaimana untuk mengurangkan pembaziran (aktiviti, masa), bagaimana untuk meningkatkan mutu dan kualiti, serta bagaimana untuk menebalkan poket kita dengan wang. Disinilah DMAIC akan digunakan dan dimanfaatkan. DMAIC adalah singkatan kepada Define, Measure, Analyze, Improve & Control. Kisah DMAIC & Pengusaha Kek Coklat Pengusaha dan pemilik syarikat kek coklat ini ialah Puan Leha. Kek Coklat Puan Leha memang sangat popular di Klang. Beliau mempuny

LEAN SIX SIGMA UNTUK PERNIAGAAN KECIL & SEDERHANA

Image
Lean Six Sigma sebenarnya telah lama diamalkan oleh syarikat-syarikat antarabangsa seperti Toyota, Motorola, Xerox dan banyak lagi. Malah di Malaysia semakin banyak syarikat telah mula memberikan tumpuan kepada Lean Six Sigma pada hari ini. Namun, kisah kejayaan syarikat-syarikat besar ini seolah-olah memberi gambaran bahawa Lean Six Sigma hanya sesuai untuk syarikat-syarikat besar sahaja. Jadi, bagaimana kalau syarikat kecil/sederhana ingin menggunakan pendekatan Lean Six Sigma, adakah boleh? Apakah yang menghantui atau mematahkan semangat mereka untuk menggunakan Lean Six Sigma? Seperti syarikat besar, pasti syarikat kecil/sederhana menghadapi dan melalui pelbagai cabaran dan permasalahan dalam perniagaan. Banyak paparan kisah kejayaan syarikat-syarikat besar yang berjaya “menyelamatkan” syarikat mereka dan meningkatkan keuntungan sehingga berbillion dollar dengan “bantuan” Lean Six Sigma. Akan tetapi syarikat kecil/sederhana seakan-akan curiga atau tidak yakin u

INSPIRASI

Image
#inspirasi #leansixsigma

ARTIKEL PILIHAN - WHAT GETS MEASURED GETS DONE

Image
"Ever heard the phrase “ What gets measured gets done ?” It gets tossed around when someone is trying to convince you of adding a metric to your project or scorecard. It sounds good, doesn’t it? If we can measure  X , then we will achieve the performance we want." - Author: Jeff Slater, isixsigma Bacaan lanjut sila layari link ini :  http://www.isixsigma.com/community/blogs/what-gets-measured-gets-done/

KEPENTINGAN PRODUKTIVITI DALAM PERNIAGAAN

Image
Produktiviti ditakrifkan sebagai nisbah antara jumlah pengeluaran dan jumlah input. Ia juga merujuk kepada mengukur kecekapan keberkesanan penggunaan sumber di dalam syarikat atau organisasi seperti sistem, pekerja, pengurusan dan lain-lain secara optimum dan menukarnya kepada output yang lebih bermanfaat seperti menyumbang kepada kos yang lebih rendah dalam menjalankan perniagaan dan meningkatkan daya saing. Ada apa dengan produktiviti (terhadap perniagaan anda)? Secara ringkasnya: 1)     Produktiviti membantu anda mengenalpasti kekurangan dan kelemahan syarikat dan apa yang perlu diperbaiki dan dinaiktaraf. 2)   Produktiviti membantu untuk memotivasikan pekerja kerana syarikat yang produktif mampu memberi “kegembiraan” kepada pekerja melalui pemberian insentif seperti bonus dan kenaikan gaji tahunan. 3)   Produktiviti akan menjamin dalam penghasilan produk dan servis yang lebih baik. Dengan produk dan servis yang lebih baik akan memberikan kegembiraan dan kepuasa

INSPIRATIONAL QUOTES

Image