Posts

Showing posts from July, 2015

LEAN SIX SIGMA UNTUK PERNIAGAAN KECIL & SEDERHANA

Image
Lean Six Sigma sebenarnya telah lama diamalkan oleh syarikat-syarikat antarabangsa seperti Toyota, Motorola, Xerox dan banyak lagi. Malah di Malaysia semakin banyak syarikat telah mula memberikan tumpuan kepada Lean Six Sigma pada hari ini. Namun, kisah kejayaan syarikat-syarikat besar ini seolah-olah memberi gambaran bahawa Lean Six Sigma hanya sesuai untuk syarikat-syarikat besar sahaja. Jadi, bagaimana kalau syarikat kecil/sederhana ingin menggunakan pendekatan Lean Six Sigma, adakah boleh? Apakah yang menghantui atau mematahkan semangat mereka untuk menggunakan Lean Six Sigma? Seperti syarikat besar, pasti syarikat kecil/sederhana menghadapi dan melalui pelbagai cabaran dan permasalahan dalam perniagaan. Banyak paparan kisah kejayaan syarikat-syarikat besar yang berjaya “menyelamatkan” syarikat mereka dan meningkatkan keuntungan sehingga berbillion dollar dengan “bantuan” Lean Six Sigma. Akan tetapi syarikat kecil/sederhana seakan-akan curiga atau tidak yakin u

INSPIRASI

Image
#inspirasi #leansixsigma

ARTIKEL PILIHAN - WHAT GETS MEASURED GETS DONE

Image
"Ever heard the phrase “ What gets measured gets done ?” It gets tossed around when someone is trying to convince you of adding a metric to your project or scorecard. It sounds good, doesn’t it? If we can measure  X , then we will achieve the performance we want." - Author: Jeff Slater, isixsigma Bacaan lanjut sila layari link ini :  http://www.isixsigma.com/community/blogs/what-gets-measured-gets-done/

KEPENTINGAN PRODUKTIVITI DALAM PERNIAGAAN

Image
Produktiviti ditakrifkan sebagai nisbah antara jumlah pengeluaran dan jumlah input. Ia juga merujuk kepada mengukur kecekapan keberkesanan penggunaan sumber di dalam syarikat atau organisasi seperti sistem, pekerja, pengurusan dan lain-lain secara optimum dan menukarnya kepada output yang lebih bermanfaat seperti menyumbang kepada kos yang lebih rendah dalam menjalankan perniagaan dan meningkatkan daya saing. Ada apa dengan produktiviti (terhadap perniagaan anda)? Secara ringkasnya: 1)     Produktiviti membantu anda mengenalpasti kekurangan dan kelemahan syarikat dan apa yang perlu diperbaiki dan dinaiktaraf. 2)   Produktiviti membantu untuk memotivasikan pekerja kerana syarikat yang produktif mampu memberi “kegembiraan” kepada pekerja melalui pemberian insentif seperti bonus dan kenaikan gaji tahunan. 3)   Produktiviti akan menjamin dalam penghasilan produk dan servis yang lebih baik. Dengan produk dan servis yang lebih baik akan memberikan kegembiraan dan kepuasa

INSPIRATIONAL QUOTES

Image