Posts

Showing posts from March, 2015

APA YANG SIX SIGMA BOLEH BERIKAN KEPADA SYARIKAT ANDA?

Image
Setiap kali berlakunya kegagalan untuk menyerahkan apa yang pelanggan inginkan daripada sesuatu proses, pasti terdapat kos yang perlu ditanggung oleh syarikat. Malah kesan dari kegagalan tersebut, ia akan memberikan kesan buruk ke atas jualan anda. Dianggarkan bahawa "Kos Yang Timbul Dari Kualiti Yang Lemah" ini mewakili 15 -20 % daripada pendapatan syarikat. Jika ini terjadi, apa yang Six Sigma dapat membantu anda? Six Sigma membolehkan dan dapat membantu syarikat atau organisasi anda untuk meningkatkan proses anda. Sekaligus, syarikat atau organisasi anda lebih berkemampuan/berkeupayaan untuk memberikan apa yang pelanggan mahu dan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap syarikat atau organisasi anda. Apa kelebihan Six Sigma? Kelebihan Six Sigma dapat dilihat dari sudut berikut: 1) Sudut Syarikat: a) Produktiviti lebih hebat b) Pemprosesan lebih mantap c) Kualiti bertambah baik d) Masa kitaran berkurangan e) Operasi lebih licin f) K

Use Benchmarking to Improve Reliability and Performance

Image
Nice Article "..... However, improvement is a journey that requires time, culture change and dedication to performance. There are no shortcuts, and the journey can never be completed without a commitment to continuous improvement ." - ReliablePlant.com Read This Article :  Use Benchmarking to Improve Reliability and Performance #leansixsigma #continuousimprovement #reliableplant

SIX SIGMA : KONSEP & FOKUS UTAMA SIX SIGMA

Image
Konsep Asas Six Sigma Beberapa konsep utama Six Sigma : Kritikal kepada Kualiti (Critical to Quality) – Perkara yang paling penting untuk pelanggan Kecacatan (Defect) – Mengenalpasti punca kegagalan memenuhi kehendak/spesifikasi pelanggan Kemampuan Proses (Process Capability) – Apa yang dapat diberikan oleh proses kita Variasi (Variation) – Apa yang pelanggan lihat dan rasa Operasi yang Stabil (Stable Operations) – Memastikan proses stabil dan dapat dikawal untuk memperbaiki apa yang pelanggan lihat dan rasa Kejayaan Six Sigma bergantung kepada : 1 ) Fokus kepada Pelanggan Jika pelanggan tidak berminat dengan produk kita, maka peluang perniagaan kita tertutup Produk mesti mampu memenuhi kehendak pelanggan, lagi besar sesuatu produk itu memberi nilainya kepada pelanggan maka lebih ramai pelanggan yang akan berminat untuk membeli Fokus kepada kehendak pelanggan, apa yang  mereka  mahu  beli atau apa yang mahu

ARTIKEL PILIHAN : 3 SIMPLE TIPS TO DECREASE DOWNTIME , INCREASE PRODUCTIVITY

Image
Ketahui tips untuk mengoptimakan proses tanpa perlu meletakkan sebarang tekanan kepada pekerja melalui artikel ini: Link :  http://www.reliableplant.com/Read/30055/downtime-productivity-tips

SIX SIGMA : PENGENALAN

Image
Pengenalan Six Sigma Six Sigma adalah satu proses tersusun yang membantu kita untuk fokus membuat dan mengeluarkan produk/servis yang sempurna. Tujuan Six Sigma adalah untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan cara memberikan produk/servis yang menepati kemahuan mereka melalui cara yang lebih efisien dan sempurna. Six Sigma juga adalah kaedah yang bergantung kepada data dan memerlukan data yang lengkap/tepat untuk menganalisa sesuatu proses. Secara ringkas, pendekatan Six sigma adalah untuk : ·          Menambahbaik proses ·          Mengurangkan kecacatan/defect ·          Mengurangkan variasi didalam proses (lebih konsisten) ·          Mengurangkan kos ·          Meningkatkan kepuasan pelanggan ·          Meningkatkan keuntungan Jika kita mampu untuk mengira/menghitung jumlah kecacatan didalam proses, maka kita juga mampu untuk mencari jalan untuk mengatasinya hampir mungkin kepada kecacatan sifar ( zero defect ) iaitu bagi istilah besar dalam Six Sig

ARTIKEL PILIHAN : 5 STEPS TO IMPROVING PROFITABILITY OF HIGH MIX/LOW-VOLUME PRODUCTION

Image
Artikel ini menerangkan kepada Anda bagaimana dengan mengikut 5 langkah yang dijelaskan dalam Artikel ini, menjadikan sesuatu proses lebih konsisten. Sila lawati link ini :  http://m.industryweek.com/Low-Volume