Posts

Showing posts from May, 2016

KRISIS EKONOMI MEMBERI KESAN KEPADA PERNIAGAAN. BAGAIMANA LEAN SIX SIGMA BOLEH BANTU?

Image
Kelembapan ekonomi dan persaingan yang hebat memaksa syarikat untuk mengimbangi semula kapasiti supaya selari dengan permintaan yang rendah. Banyak syarikat telah melaksanakan langkah-langkah yang drastik antaranya dengan menyatukan atau menutup operasi, dan membuat pemberhentian pekerja. Ini semua mimpi ngeri bagi para usahawan. Namun, pemotongan sana sini tanpa peneltilitian dan perancangan rapi bakal mengundang ketidakstabilian perniagaan untuk jangka masa panjang. Tambahan lagi, ia bakal menggagalkan syarikat memenuhi matlamat strategik perniagaan. Namun, terdapat juga syarikat yang telah mengambil langkah pro aktif dengan cara membuat keseimbangan antara struktur kos yang kompetitif, melaksanakan strategi yang efektif dan pelaburan untuk masa hadapan sebagai persediaan untuk menghadapi krisis ekonomi. Menurut kajian antarabangsa (berdasarkan krisis ekonomi yang berlaku sebelum ini), kebanyakan syarikat yang masih mampu untuk ‘bernafas’ telah mengambil pendekatan unt