KRISIS EKONOMI MEMBERI KESAN KEPADA PERNIAGAAN. BAGAIMANA LEAN SIX SIGMA BOLEH BANTU?


Kelembapan ekonomi dan persaingan yang hebat memaksa syarikat untuk mengimbangi semula kapasiti supaya selari dengan permintaan yang rendah. Banyak syarikat telah melaksanakan langkah-langkah yang drastik antaranya dengan menyatukan atau menutup operasi, dan membuat pemberhentian pekerja.

Ini semua mimpi ngeri bagi para usahawan. Namun, pemotongan sana sini tanpa peneltilitian dan perancangan rapi bakal mengundang ketidakstabilian perniagaan untuk jangka masa panjang. Tambahan lagi, ia bakal menggagalkan syarikat memenuhi matlamat strategik perniagaan.

Namun, terdapat juga syarikat yang telah mengambil langkah pro aktif dengan cara membuat keseimbangan antara struktur kos yang kompetitif, melaksanakan strategi yang efektif dan pelaburan untuk masa hadapan sebagai persediaan untuk menghadapi krisis ekonomi.

Menurut kajian antarabangsa (berdasarkan krisis ekonomi yang berlaku sebelum ini), kebanyakan syarikat yang masih mampu untuk ‘bernafas’ telah mengambil pendekatan untuk betul-betul memahami apakah impak strategi dan bagaimana tindakan mengoptimumkan kos. Hasilnya, syarikat mampu bertahan ketika krisis berlaku dan masih boleh mencapai tahap prestasi yang memuaskan apabila krisis berakhir.

Di sinilah Lean Six Sigma (yang telah terbukti sejak berdekad yang lalu) berperanan untuk membantu syarikat/para usahawan untuk mengambil langkah bijak dan melakukan persediaan sebelum dan ketika berhadapan dengan krisis ekonomi.


Bagaimana?

  • Memperkemaskan proses perniagaan.
  • Memahami kesan pengurangan jumlah pekerja kepada produktiviti dan keuntungan.
  • Mengutamakan peluang untuk mengurangkan kos.
  • Memahami kos mana yang membawa perolehan dan yang tidak.
  • Memastikan inisiatif pengoptimuman kos adalah selaras dengan matlamat strategik jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.
Mengoptimumkan kos (dalam kaedah lean six sigma) bukan bermakna kita boleh mengurangkan kos dengan sewenang-wenangnya secara menyeluruh sehingga meninggalkan kesan negatif kepada produktiviti dan kepuasan pelanggan serta kualiti. Cara ini boleh membunuh syarikat itu sendiri.

Pengurangan kos strategik membolehkan anda untuk mengoptimumkan sumber dan struktur kos, bagi memastikan organisasi anda berada dalam kedudukan yang baik untuk mencapai prestasi yang terbaik semasa dan selepas krisis kewangan. Ini dapat membantu anda untuk:

  • Memahami apa yang menyebabkan atau punca kos dan bagaimana ia bergerak didalam organisasi.
  • Mengenal pasti kos akibat kesan dari masalah ‘bottleneck’, rework (kerja semula) dan aktiviti tidak menambah nilai (non value).
  • Memahami produk, perkhidmatan dan saluran mana yang paling menambah dan kurang nilai.
  • Memastikan penggunaan sumber yang optimum.
  • Simulasi perubahan didalam sumber, proses dan output dan kesannya ke atas keuntungan


#leansixsigma
#krisisekonomi
#transformasi
#usahawan
#perniagaan
#industrikecildansederhana

Comments

Popular posts from this blog

BAHAGIAN 10 - KITARAN PDCA (PLAN, DO, CHECK, ACT) UNTUK PENINGKATAN BERTERUSAN

5 TIPS UNTUK PENINGKATAN KUALITI

KEPUASAN PELANGGAN BOLEH MENINGKATKAN KEUNTUNGAN?