PEMBAZIRAN MEMBERIKAN IMPAK BURUK KEPADA PERNIAGAAN?


#1 Pembaziran di dalam sesuatu proses menyebabkan anda terpaksa menanggung kos. Apabila kehilangan “wang” menyukarkan anda untuk melebarkan lagi sayap perniagaan anda.


#2 Jika anda sambil lewa untuk membasmi pembaziran, ia membuka ruang dan peluang kepada pesaing anda untuk lebih dahulu mendahului anda. Ini kerana pembaziran menyebabkan anda hilang kecekapan dan kelebihan.

#3 Pembaziran menyebabkan harga jualan produk atau perkhidmatan semakin meningkat dan tidak kompetitif. Dengan menghapuskan pembaziran dengan segera, harga jualan akan menjadi lebih kompetitif dan “production” dapat dilakukan dengan lebih lagi, lebih cekap & lebih berkualiti.


#4 Motivasi pekerja dan prestasi akan terjejas jika anda memilih untuk “terus membela” pembaziran. Kerana seolah-olah anda tidak menghargai mereka yang bertungkus lumus bekerja terutamanya di bahagian “production”. Lebih menyedihkan lagi ini akan menyebabkan lebih banyak berlakunya pembaziran.

Mulakan tindakan anda dengan hapuskan pembaziran. Anda akan menikmati peningkatan keuntungan, proses yang lebih efisyen, produk yang berkualiti dan produktiviti semakin meningkat.


Comments

Popular posts from this blog

BAHAGIAN 10 - KITARAN PDCA (PLAN, DO, CHECK, ACT) UNTUK PENINGKATAN BERTERUSAN

5 TIPS UNTUK PENINGKATAN KUALITI

KEPUASAN PELANGGAN BOLEH MENINGKATKAN KEUNTUNGAN?