SIX SIGMA : PENGENALAN
Pengenalan Six Sigma
Six
Sigma adalah satu proses tersusun yang membantu kita untuk fokus membuat dan
mengeluarkan produk/servis yang sempurna.
Tujuan
Six Sigma adalah untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan cara memberikan
produk/servis yang menepati kemahuan mereka melalui cara yang lebih efisien dan
sempurna.
Six
Sigma juga adalah kaedah yang bergantung kepada data dan memerlukan data yang
lengkap/tepat untuk menganalisa sesuatu proses.
Secara
ringkas, pendekatan Six sigma adalah untuk :
·
Menambahbaik
proses
·
Mengurangkan
kecacatan/defect
·
Mengurangkan
variasi didalam proses (lebih konsisten)
·
Mengurangkan
kos
·
Meningkatkan
kepuasan pelanggan
·
Meningkatkan
keuntungan
Jika
kita mampu untuk mengira/menghitung jumlah kecacatan didalam proses, maka kita
juga mampu untuk mencari jalan untuk mengatasinya hampir mungkin kepada
kecacatan sifar (zero defect) iaitu
bagi istilah besar dalam Six Sigma ia bersamaan 3.4 kecacatan dari 1 juta
produk (3.4 defects per million) yang
dihasilkan menyamai 99.9997% produk bebas kecacatan.
Sejarah Six Sigma
Diasaskan
di syarikat Motorola sekitar 1980an, bertujuan membantu mengurangkan kecacatan
didalam proses pembuatan ke tahap yang paling rendah. Menerusi kaedah ini
syarikat Motorola berjaya memperoleh
penjimatan beberapa juta dolar. Ini disusuli kejayaan syarikat GE menerusi
kaedah yang sama melakukan penjimatan sehingga beratus juta dollar.
Kini
kaedah Six Sigma diiktiraf mampu menjana kejayaan sesuatu perniagaan tidak
kira skala besar atau sederhana kecil, dalam pelbagai industri seperti kewangan atau pembuatan bahkan perkhidmatan yang mana
sasarannya ialah mencapai kepuasan pelanggan.
#lean
#leansixsigmaforbusiness
Facebook:http://www.facebook.com/LeanSixSigmaForBusiness
#lean
#leansixsigmaforbusiness
Facebook:http://www.facebook.com/LeanSixSigmaForBusiness
Comments
Post a Comment