PDCA (Plan, Do, Check, Act) merupakan satu metodologi yang digunakan oleh syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi sebagai satu sistem peningkatan berterusan. Ia juga dikenali sebagai Kitaran “Deming (diambil sempena nama W. E. Deming) di mana metodologi ini cuba menjelaskan kepada anda 4 fasa penting iaitu Plan, Do, Check, Act yang perlu dilakukan secara sistematik demi memastikan peningkatan berteusan dapat dicapai sepenuhnya. Artikel kali ini, akan menerangkan secara ringkas fasa-fasa PDCA, bagaimana PDCA dapat digunakan dengan betul kerana PDCA merupakan prinsip yang paling penting untuk peningkatan kualiti yang berterusan. Fasa-fasa PDCA ini yang akan menunjukkan kepada anda jalan untuk meningkatkan kualiti sesuatu proses atau produk (contoh: memudah menyelesaikan masalah, mengurangkan kecacatan produk, kecekapan dapat ditingkatkan & mengurangkan risiko). Kitaran PDCA tidak akan tamat setelah anda sempurnakan keempat-empat fasa tersebut malah anda perlu m...
Comments
Post a Comment