PDCA (Plan, Do, Check, Act) merupakan satu metodologi yang digunakan oleh syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi sebagai satu sistem peningkatan berterusan. Ia juga dikenali sebagai Kitaran “Deming (diambil sempena nama W. E. Deming) di mana metodologi ini cuba menjelaskan kepada anda 4 fasa penting iaitu Plan, Do, Check, Act yang perlu dilakukan secara sistematik demi memastikan peningkatan berteusan dapat dicapai sepenuhnya. Artikel kali ini, akan menerangkan secara ringkas fasa-fasa PDCA, bagaimana PDCA dapat digunakan dengan betul kerana PDCA merupakan prinsip yang paling penting untuk peningkatan kualiti yang berterusan. Fasa-fasa PDCA ini yang akan menunjukkan kepada anda jalan untuk meningkatkan kualiti sesuatu proses atau produk (contoh: memudah menyelesaikan masalah, mengurangkan kecacatan produk, kecekapan dapat ditingkatkan & mengurangkan risiko). Kitaran PDCA tidak akan tamat setelah anda sempurnakan keempat-empat fasa tersebut malah anda perlu m...
Peningkatan dan penambahbaikan kualiti dapat membantu perniagaan anda berada di dalam tahap prestasi yang terbaik. Melalui peningkatan dan penambaikan kualiti anda mampu menjimatkan wang poket anda, meningkatkan keuntungan, memperolehi lebih banyak bisnes dan kepuasan pelanggan anda sentiasa terbela. Di bawah ini saya sediakan infografik bagi Tips Untuk Peningkatan Kualiti #tingkatkankeuntungan #leansixsigma #penambahbaikanberterusan #kualiti
Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada peningkatan keuntungan kepada sesebuah syarikat. Kawalan Kos yang baik, produktiviti dan strategi pemasaran adalah faktor-faktor yang memberikan impak kepada syarikat anda. Terdapat satu lagi faktor yang sesetengah syarikat “lupa” untuk beri tumpuan iaitu mengekalkan atau meningkatkan tahap Kepuasan Pelanggan. Kepuasan Pelanggan adalah penting. Ia penting bukan sahaja semata-mata untuk “menjaga hati” mereka tetapi juga menjaga “poket” syarikat anda. Tahukah anda dengan memberi tumpuan kepada meningkatkan kepuasan pelanggan, ia juga mampu untuk meningkatkan keuntungan syarikat anda? Kepuasan Pelanggan merujuk kepada kualiti pengalaman yang dialami oleh pelanggan itu sendiri, yang berkait rapat dengan keperluan dan jangkaan (expectation) pelanggan. Biasanya, pelanggan yang melalui pengalaman yang baik atau yang berkualiti, mereka akan berasa gembira kerana keperluan dan jangkaan mereka dapat dipenuhi. Itu antara petanda mereka berpu...
Comments
Post a Comment