BAHAGIAN 8 - 5S : PENTING SANGATKAH 5S KEPADA SYARIKAT?


Bagi yang memahami dan memakai prinsip 5s pasti akan mengetahui kelebihan 5s dalam memberikan kesan yang baik kepada syarikat. Secara ringkasnya, 5 sasaran atau manfaat dapat dinikmati oleh syarikat yang melaksanakan kesemu:a prinsip 5s ini iaitu:

  • Mengurangkan “cycle time”. Masa dapat dijimatkan dan masalah kelewatan (contoh : penghantaran) dapat diatasi
  • Meningkatkan tahap kecekapan (efficiency) dan moral pekerja. Kerja dilakukan mengikut jadual, teratur dan masalah kecacatan/kerosakan produk dapat dikurangkan
  • Memberikan ruang kerja yang selamat dan bersih
  • Mengurangkan kos inventori. Barang keperluan dan penggunaan ruang penyimpanan dapat diminimumkan
  • Meningkatkan kepuasan pelanggan. Semestinya pelanggan mahukan produk yang berkualiti tinggi, kos rendah dan cepat disediakan
Sasaran ini dapat dicapai sekiranya pihak pekerja dan pengurusan terlibat secara aktif, bukan hanya diperingkat penilaian (assessments) tetapi merangkumi peringkat mengenalpasti punca dan penyelesaiannya (eliminating the root causes).

Sebagai contoh dalam masalah inventori, kenalpasti punca mengapa stok berlebihan? Adakah melibatkan polisi syarikat seperti “spend it or lose it – end budget year” atau “buy in bulk - lower cost”?  

#lean #5s #leansixsigmaforbusiness


Comments

Popular posts from this blog

BAHAGIAN 10 - KITARAN PDCA (PLAN, DO, CHECK, ACT) UNTUK PENINGKATAN BERTERUSAN

5 TIPS UNTUK PENINGKATAN KUALITI

KEPUASAN PELANGGAN BOLEH MENINGKATKAN KEUNTUNGAN?