BAHAGIAN 10 - KITARAN PDCA (PLAN, DO, CHECK, ACT) UNTUK PENINGKATAN BERTERUSAN

PDCA (Plan, Do, Check, Act) merupakan satu metodologi yang digunakan oleh syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi sebagai satu sistem peningkatan berterusan.

Ia juga dikenali sebagai Kitaran “Deming (diambil sempena nama W. E. Deming) di mana metodologi ini cuba menjelaskan kepada anda 4 fasa penting iaitu Plan, Do, Check, Act yang perlu dilakukan secara sistematik demi memastikan peningkatan berteusan dapat dicapai sepenuhnya.


Artikel kali ini, akan menerangkan secara ringkas fasa-fasa PDCA, bagaimana PDCA dapat digunakan dengan betul kerana PDCA merupakan prinsip yang paling penting untuk peningkatan kualiti yang berterusan.

Fasa-fasa PDCA ini yang akan menunjukkan kepada anda jalan untuk meningkatkan kualiti sesuatu proses atau produk (contoh: memudah menyelesaikan masalah, mengurangkan kecacatan produk, kecekapan dapat ditingkatkan & mengurangkan risiko).

Kitaran PDCA tidak akan tamat setelah anda sempurnakan keempat-empat fasa tersebut malah anda perlu mengulanginya semula dari fasa pertama.

Jika PDCA ini digunakan di dalam syarikat/organisasi anda, anda dapat menilai dan memantau aktiviti syarikat/organisasi dari masa ke semasa dan akan dapat melihat ‘elemen-elemen’ penambahbaikan & peningkatan dimasukkan ke dalam syarikat/organisasi anda.

Bagaimana PDCA ini digunakan di dalam syarikat/organisasi anda?

1) Plan (Rancang)
  •  Cuba anda kesan apa aktiviti yang perlu dibaiki dan ditambahbaik
  •  Kemudian, tetapkan objektif dan anda cuba fikirkan bagaimana ia dapat dicapai 
  • Bentuk satu pasukan kerja untuk memeriksa dan mencari sebarang kemungkinan/potensi bagi penambahbaikan kepada   proses/produk syarikat/organisasi anda

2) Do (Buat)
  • Sebarang perubahan yang diperlukan hendaklah anda lakukan demi kelangsungan           penambahbaikan sesuatu proses atau produk tersebut
  • Mulakan dengan ‘pilot project’ sebagai ujian prestasi sebelum anda melakukan                 perubahan secara besar-besaran

3) Check (Semak)
  • Setelah anda melaksanakan perubahan tersebut, anda perlu wujudkan satu tempoh percubaan untuk memerhatikan prestasi/hasil ujian tersebut serta perkembangannya
  • Seandainya di peringkat awal, penambahbaikan tersebut tidak dapat dicapai, anda perlu ubah semula proses tersebut agar objektif dapat dicapai

4) Act (Bertindak)
  • Pada fasa terakhir ini, setelah tempoh percubaan bagi penambahbaikan itu tamat, anda perlu mengkaji serta meneliti hasil daripada percubaan tersebut dan anda perlu bandingkan prestasi/aktiviti sebelum dan selepas penambahbaikan
  • Jika hasilnya memberangsangkan, maka anda perlu kekalkan penggunaan kaedah           tersebut
  • Jika berlaku sebaliknya, anda perlu melakukan lebih banyak lagi perubahan untuk             penambahbaikan atau anda boleh mula menyemak semula proses dari mula 


Sentiasa lakukan Kitaran PDCA ini setiap masa kerana ia merupakan proses pengulangan yang tiada hentinya. Ini kerana anda perlu kembali semula ke fasa pertama agar dapat menemui dan melakukan lebih banyak penambahbaikan berterusan.


#lean
#pdca
#leansixsigmaforbusiness
Facebook: http://www.facebook.com/LeanSixSigmaForBusiness

Comments

Popular posts from this blog

5 TIPS UNTUK PENINGKATAN KUALITI

KEPUASAN PELANGGAN BOLEH MENINGKATKAN KEUNTUNGAN?