KEPENTINGAN PRODUKTIVITI DALAM PERNIAGAAN
Produktiviti
ditakrifkan sebagai nisbah antara jumlah pengeluaran dan jumlah input. Ia juga
merujuk kepada mengukur kecekapan keberkesanan penggunaan sumber di dalam syarikat
atau organisasi seperti sistem, pekerja, pengurusan dan lain-lain secara
optimum dan menukarnya kepada output yang lebih bermanfaat seperti menyumbang
kepada kos yang lebih rendah dalam menjalankan perniagaan dan meningkatkan daya
saing.
Ada apa dengan produktiviti (terhadap perniagaan anda)? Secara ringkasnya:
1) Produktiviti membantu anda mengenalpasti
kekurangan dan kelemahan syarikat dan apa yang perlu diperbaiki dan dinaiktaraf.
2) Produktiviti membantu untuk
memotivasikan pekerja kerana syarikat yang produktif mampu memberi
“kegembiraan” kepada pekerja melalui pemberian insentif seperti bonus dan
kenaikan gaji tahunan.
3) Produktiviti akan menjamin dalam penghasilan
produk dan servis yang lebih baik. Dengan produk dan servis yang lebih baik akan memberikan
kegembiraan dan kepuasan kepada pelanggan. Mereka akan menjadi pelanggan setia
anda dan secara tidak langsung mereka akan membuat “marketing” untuk anda
dengan bercerita kepada orang ramai tentang bagus dan hebatnya produk atau servis anda.
Hasilnya, anda akan menikmati peningkatan dari sudut jualan dan sekaligus keuntungan.
4) Melalui produktiviti, syarikat anda akan
lebih berdaya saing dan mampu untuk mencapai visi dan misi syarikat anda.
Bagaimana
Untuk Memperbaiki atau Meningkatkan Produktiviti?
1) Majikan
Anda pernah mendengar “Good Managers are Good Leaders?”
Ini
pepatah yang perlu diberi perhatian. Tidak semestinya perlu menjadi sahabat
baik kepada pekerja anda tetapi memadai dengan mempunyai komunikasi yang baik
dengan mereka.
Sebenarnya, pekerja sangat pandai menilai majikan atau pengurus
yang boleh menjadi ketua baik. Mereka hanya akan memberikan kerjasama yang baik
dengan ketua yang baik.
Ini kerana mereka tahu ketua yang baik akan menunjukkan
cara untuk memperbaiki mutu kerja, membimbing dan mengajar mereka dalam
pekerjaan agar semuanya dibuat dengan teratur supaya tidak mendatangkan masalah
kepada syarikat.
2) Pekerja
Jangan ambil mudah dengan pekerja anda.
Pekerja juga manusia biasa yang ingin bekerja dengan tenang dan gembira. Jika
ini diabaikan, tidak mungkin mereka dapat memberikan kualiti kerja yang anda
inginkan serta akan menjejaskan produktiviti.
Kaji semula apa lagi insentif yang anda
boleh berikan kepada mereka selain daripada gaji bulanan semata-mata. Contoh yang paling popular adalah bonus dan
kenaikan gaji. Selain itu, anda juga boleh memberikan fleksibiliti kepada
pekerja anda agar mereka berasa gembira di tempat kerja.
Lean
Six Sigma adalah antara salah satu cara untuk membantu anda meningkatkan
produktiviti dalam perniagaan anda.
#leansixsigma
#produktiviti
#tingkatkankeuntungan
Comments
Post a Comment