LEAN SIX SIGMA UNTUK PERNIAGAAN KECIL & SEDERHANA
Lean
Six Sigma sebenarnya telah lama diamalkan oleh syarikat-syarikat antarabangsa
seperti Toyota, Motorola, Xerox dan banyak lagi. Malah di Malaysia semakin
banyak syarikat telah mula memberikan tumpuan kepada Lean Six Sigma pada hari
ini.
Namun,
kisah kejayaan syarikat-syarikat besar ini seolah-olah memberi gambaran bahawa
Lean Six Sigma hanya sesuai untuk syarikat-syarikat besar sahaja.
Jadi,
bagaimana kalau syarikat kecil/sederhana ingin menggunakan pendekatan Lean Six
Sigma, adakah boleh? Apakah yang menghantui atau mematahkan semangat mereka
untuk menggunakan Lean Six Sigma?
Seperti
syarikat besar, pasti syarikat kecil/sederhana menghadapi dan melalui pelbagai
cabaran dan permasalahan dalam perniagaan. Banyak paparan kisah kejayaan
syarikat-syarikat besar yang berjaya “menyelamatkan” syarikat mereka dan meningkatkan
keuntungan sehingga berbillion dollar dengan “bantuan” Lean Six Sigma.
Akan
tetapi syarikat kecil/sederhana seakan-akan curiga atau tidak yakin untuk
menggunakan Lean Six Sigma (sebenarnya mereka amat memerlukan Lean Six Sigma untuk
menyelesaikan masalah) kerana mereka fikir:
- “Tak mampu sebab Lean Six Sigma pasti memerlukan kos yang banyak”;
- "Lean Six Sigma sangat susah”
- “Lean Six Sigma perlu masa yang lama”
- “Tak pernah dengar pun pasal Lean Six Sigma”
- “Lean Six Sigma tidak sesuai untuk syarikat
saya sebab syarikat saya ia lebih kepada servis bukan kilang”
Sebenarnya,
Lean Six Sigma sesuai untuk semua, tidak kira syarikat kecil atau besar. Ia juga
untuk semua industri termasuklah IT, Khidmat Pelanggan, Perkilangan, Hospital,
Perbankan malah termasuk Sektor Kerajaan juga.
Lean Six Sigma akan membimbing
anda untuk menjimatkan dan mengimbangi kos di dalam operasi syarikat dan
menikmati manfaat menerusi penambaikan dalam sesuatu proses.
Contohnya,
anda akan tahu cara untuk mengurangkan kos inventori, mengatasi kelewatan
penghantaran (delivery) terutamanya bagi kilang, mengatasi masalah kekerapan
berlakunya kerosakan, kecacatan dan pemulangan produk, serta mengawal kadar
kerja lebih masa (overtime) yang tidak sepatutnya.
#IKS
#leanmalaysia
#sixsigmamalaysia
#leansixsigma
#tingkatkankeuntungan
Comments
Post a Comment