BAHAGIAN 9 - APA ITU KAIZEN?
image : Google |
Definisi : Kaizen berasal dari bahasa Jepun yang bermaksud "perubahan kepada yang lebih baik " , tetapi apakah maksud sebenarnya ? adakah ia sekadar satu falsafah?
Kaizen mula dikenali atau digunakan tidak lama selepas perang dunia kedua apabila AS menghantar beberapa penasihat untuk membantu negara Jepun membina semula ekonomi mereka, salah seorang penasihat ialah Dr Deming yang sering dikreditkan dengan idea-idea bagaimana Kaizen itu tercipta kerana beliau ada menyatakan ; "cara untuk sentiasa meningkatkan sistem pengeluaran dan perkhidmatan secara berterusan ialah dengan meningkatkan kualiti dan produktiviti, seterusnya dapat membantu kepada penjimatan kos”.
Kualiti tinggi,
Produktiviti rendah = Kos tinggi
Kualiti rendah,
Produktiviti tinggi = Kos tinggi
Kualiti rendah,
Produktiviti rendah = Kos lebih tinggi
Kualiti
tinggi, Produktiviti tinggi = Kos lebih rendah
√√
Kaizen adalah kesinambungan kepada budaya ‘Penambahbaikan Berterusan / Continuous Improvement’.
Antara prinsip Kaizen
adalah :-
- Proses yang baik menghasilkan produk yang baik
- Meneliti dan mengurus data/fakta
- Menilai sendiri situasi
- Mengambil tindakan membetulkan kesilapan
- Bekerja secara berpasukan
- Ialah budaya
- Meningkatkan Produktiviti
- Meningkatkan Kualiti Produk@Servis
- Keselamatan tempat kerja bertambah baik
- Pesanan/order pelanggan dapat disiapkan/dihantar tepat pada masa
- Meningkatkan kepuasan pelanggan
- Kerja menjadi lebih mudah dan tekanan/stres pekerja berkurangan
Antara kebaikan Kaizen
adalah :
- Meningkatkan
Produktiviti
- Meningkatkan
Kualiti Produk@Servis
- Keselamatan
tempat kerja bertambah baik
- Pesanan/order
pelanggan dapat disiapkan/dihantar tepat pada masa
- Meningkatkan
kepuasan pelanggan
- Kerja
menjadi lebih mudah dan tekanan/stres pekerja berkurangan
Kaizen dan keperluannya :
Pelanggan/pengguna kebiasannya mahukan sesuatu produk atau perkhidmatan yang berkualiti "terbaik" , pada harga “terendah” dan mudah serta boleh didapati apabila mereka mahukan ia. Sekiranya kita sebagai peniaga/pemimpin pasaran gagal untuk terus melakukan penambahbaikan keatas produk dan perkhidmatan kita, akibatnya pelanggan/pengguna sedia ada akan beralih kepada pesaing kita yang mampu membuat atau memberikan produk atau perkhidmatan tersebut dengan lebih cepat, lebih baik atau lebih murah.
Kita akan kehilangan pasaran yang seterusnya yang akhirnya boleh menjejaskan prestasi syarikat. Jangan tunggu sehingga ia terjadi, bertindak segera.
#lean
#kaizen #leansixsigmaforbusiness
#leanuntukperniagaan
#sixsigmauntukperniagaan
Facebook: http://www.facebook.com/LeanSixSigmaForBusiness
Comments
Post a Comment