APA YANG SIX SIGMA BOLEH BERIKAN KEPADA SYARIKAT ANDA?


Setiap kali berlakunya kegagalan untuk menyerahkan apa yang pelanggan inginkan daripada sesuatu proses, pasti terdapat kos yang perlu ditanggung oleh syarikat. Malah kesan dari kegagalan tersebut, ia akan memberikan kesan buruk ke atas jualan anda. Dianggarkan bahawa "Kos Yang Timbul Dari Kualiti Yang Lemah" ini mewakili 15 -20 % daripada pendapatan syarikat.

Jika ini terjadi, apa yang Six Sigma dapat membantu anda?

Six Sigma membolehkan dan dapat membantu syarikat atau organisasi anda untuk meningkatkan proses anda. Sekaligus, syarikat atau organisasi anda lebih berkemampuan/berkeupayaan untuk memberikan apa yang pelanggan mahu dan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap syarikat atau organisasi anda.

Apa kelebihan Six Sigma?

Kelebihan Six Sigma dapat dilihat dari sudut berikut:

1)Sudut Syarikat:

a) Produktiviti lebih hebat
b) Pemprosesan lebih mantap
c) Kualiti bertambah baik
d) Masa kitaran berkurangan
e) Operasi lebih licin
f) Kos operasi berkurangan (Dianggarkan penjimatan kos syarikat atau organisasi mampu mencecah 5 % -20 % daripada perolehan setahun)
g) Meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan seperti yang dilihat oleh pelanggan 
h) Pengurangan dalam masa kitaran proses
i) Pembangunan kemahiran kakitangan
j) Mewujudkan daya saing
k) Meningkatkan ROI
l) Pertambahan jualan
m)Syarikat bertaraf Dunia

2)Sudut Individu:

a)Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lebih baik
b) Meningkatkan kebolehan dan kepakaran menggunakan pelbagai alat dan teknik

Facebook : www.facebook.com/LeanSixSigmaForBusiness #sixsigma
#advantagesofsixsigma




Comments

Popular posts from this blog

BAHAGIAN 10 - KITARAN PDCA (PLAN, DO, CHECK, ACT) UNTUK PENINGKATAN BERTERUSAN

5 TIPS UNTUK PENINGKATAN KUALITI

KEPUASAN PELANGGAN BOLEH MENINGKATKAN KEUNTUNGAN?