SIX SIGMA : KONSEP & FOKUS UTAMA SIX SIGMA
Konsep Asas Six Sigma
Beberapa
konsep utama Six Sigma :
- Kritikal kepada Kualiti (Critical
to Quality) – Perkara yang paling penting untuk pelanggan
- Kecacatan (Defect) – Mengenalpasti punca kegagalan memenuhi kehendak/spesifikasi pelanggan
- Kemampuan Proses (Process
Capability) – Apa yang dapat diberikan oleh proses kita
- Variasi (Variation) – Apa yang
pelanggan lihat dan rasa
- Operasi yang Stabil (Stable Operations) – Memastikan proses stabil dan dapat dikawal untuk memperbaiki apa yang pelanggan lihat dan rasa
Kejayaan Six Sigma
bergantung kepada :
1
) Fokus kepada Pelanggan
- Jika pelanggan tidak berminat
dengan produk kita, maka peluang perniagaan kita tertutup
- Produk mesti mampu memenuhi
kehendak pelanggan, lagi besar sesuatu produk itu memberi nilainya kepada
pelanggan maka lebih ramai pelanggan yang akan berminat untuk membeli
- Fokus kepada kehendak pelanggan,
apa yang mereka mahu beli atau apa yang mahu mereka berbelanja
Soalan yang perlu ditanya :
- Bagaimana pelanggan melihat/menafsir kualiti?
- Kita perlu melihat kualiti dari sudut yang sama seperti pelanggan melihatnya. Kita mampu untuk mencari jalan memperbaiki kualiti sekiranya kita fokus kepada pelanggan
2
) Melihat kepada proses / Mengenalpasti masalah
- Kita melihat kepada tanda-tanda awal
masalah dan kita juga perlu mengenalpasti punca masalah dan
menghapuskannya
- Sama seperti penyiasat yang
menyiasat kes jenayah, mereka akan cuba mengumpul segala bukti berkaitan
termasuk yang dianggap sebagai tiada kaitan
- Bagi tujuan ini, kita perlu
menguasai atau mahir tentang bagaimana sesuatu proses itu beroperasi @
bekerja, Apa yang diperlukan untuk memastikan ia berjaya, iaitu:
Ø Penerangan lengkap bagaimana data
hendak dikumpul
Ø Pastikan komunikasi adalah tepat
Ø Mengumpul data dengan cara seragam /
standard
- Apabila data telah siap dikumpul,
pastikan adakah tujuannya telah dicapai, jika tidak kita memerlukan
beberapa set data tambahan lagi
- Apa maksud mengumpul data? Ia
bukan hanya alat untuk mengukur proses, Ia merangkumi menemubual
staf, mencari kaedah tambahan sehingga persoalan masalah terjawab
(3) Komitmen Kepimpinan Pekerja
- Ini merujuk kepada orang yang membuat keputusan. Dalam Six Sigma penglibatan semua pekerja adalah penting sebagai satu pendekatan untuk meningkatkan kualiti bagi sesebuah syarikat. Sesebuah syarikat atau organisasi perlu komited untuk menyediakan peluang dan insentif kepada kakitangan dengan memberikan penumpuan kepada bakat dan tenaga mereka untuk memastikan kepuasan pelanggan terjaga dengan baik.
- Kualiti adalah tanggungjawab setiap pekerja. Setiap pekerja mestilah terlibat, bermotivasi dan berpengetahuan jika kita mahu membina sebuah syarikat atau organisasi bertaraf Kelas Dunia.
#sixsigma
#leansixsigma
#leansixsigmaforbusiness
Facebook: http://www.facebook.com/LeanSixSigmaForBusiness
Comments
Post a Comment