DMAIC adalah senjata utama bagi six sigma. Bagi yang baru mendengar tentang DMAIC dan six sigma pasti akan merasa ragu-ragu dan takut untuk menggunakan DMAIC. Mereka takut jika mereka perlu menjadi pakar statistik atau matematik sebelum boleh menggunakan DMAIC. DMAIC adalah penyelesai masalah. dalam perniagaan tidak kira apa jenis pun, kerana kita pasti tidak dapat lari dari permasalahan. Kita sebagai pemilik perniagaan sedaya upaya untuk mencari apakah punca kepada permasalahan kita. Beberapa contoh seperti bagaimana untuk mengurangkan pembaziran (aktiviti, masa), bagaimana untuk meningkatkan mutu dan kualiti, serta bagaimana untuk menebalkan poket kita dengan wang. Disinilah DMAIC akan digunakan dan dimanfaatkan. DMAIC adalah singkatan kepada Define, Measure, Analyze, Improve & Control. Kisah DMAIC & Pengusaha Kek Coklat Pengusaha dan pemilik syarikat kek coklat ini ialah Puan Leha. Kek Coklat Puan Leha memang sangat popular di Klang. Beliau mempuny...