KISAH USAHWAN KEK COKLAT & D.M.A.I.C (BAH.2)

3) ANALYZE (Analisa)

Apakah faktor permasalahan?

Selepas melalui proses penilaian dan pemerhatian di peringkat MEASURE, kini Puan Leha perlu menganalisa hasil penilaian dan pemerhatiannya bagaimana untuk ditambah baik dan dipertingkatkan.

Hasil pemerhatiannya, ada kala pekerjanya tidak mengikut sukatan seperti yang sepatutnya yang membuatkan rasa pahit. Waktu puncak terutamanya, jumlah tempahan meningkat yang juga faktor penyebab wujudnya variasi dalam adunan.

Puan Leha juga mendapati wujud keperluan untuk menambahbaik sistem inventori supaya masalah putus bekalan bahan mentah dapat diatasi dan juga melihat kemungkinan menambah bilangan pekerja supaya proses pembuatan kek berjalan lancar.

Jika kedua perkara penting ini ditambah baik, Puan Leha mampu mengatasi masalah kualiti produk dan juga penghantaran pesanan yang lebih tepat serta pantas.

4) IMPROVE (Perbaiki)

Bagaimanakah ia boleh ditambah baik dan ditingkatkan?

Segala penilaian dan permaslahan adalah data penting yang memberikan jalan kepada anda untuk memperbaiki dan memantapkan proses yang sedia ada. Ini bagi membolehkan anda dapat menikmati hasil yang menggembirakan anda.

Jadi apa yang Puan Leha perlu lakukan sekarang?

Selepas melalui fasa DEFINE, MEASURE dan ANALYZE, Puan Leha perlu:

i. Menghubungi pembekal AZ bakery untuk meminta mereka membuat penghantaran barang atau stok bahan kek setiap pagi. Ini untuk menjimatkan masa Puan Leha serta dapat mengelakkan masalah putus bekalan dan lambakan stok. Dan Puan Leha dapat lebih masa memantau situasi kedai dan proses pembuatan kek dengan lebih baik.

ii. Bagi setiap hujung minggu atau sewaktu jumlah pesanan meningka, Puan Leha akan mengupah pekerja separuh masa untuk membantu.

iii. Puan Leha dapati, perubahan rasa pada keknya terjadi terutama ketika beliau keluar melakukan urusan. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini terjadi Puan Leha telah menerangkan kepada pekerjanya kepentingan mengikut sukatan dan telah menyiapkan manual serta senarai semak sebagai rujukan kepada pekerjanya.

iv) Puan Leha juga memastikan tempat mengadun dan tempat membakar kek sentiasa diselia supaya ia berfungsi dengan baik dan tidak menyusahkan pekerjanya untuk menguruskan (termasuk dari sudut pergerakan). Ini penting agar dapat menjamin proses berjalan dengan lancar, menjimatkan masa dan pekerja tidak penat (akibat perlu berjalan jauh).

 5) CONTROL ( Kawalan)

Apakah bentuk pengawalan dan pemantauan yang perlu diambil?

Pada peringkat ini segala penambahbaikan dan peningkatan yang telah dilakukan di peringkat IMPROVE hendaklah dikekalkan agar kualiti sentiasa terjamin dan berada di tahap yang terbaik seperti yang dikehendaki.

Jadi, Puan Leha telah menyediakan standard prosedur atau manual untuk pekerjanya, bermula dengan proses membuat kek sehinggalah penyusunan stok bahan mentah. Ini memudahkan pekerjanya untuk sentiasa merujuk kepada manual tersebut jika diperlukan.

Beberapa elemen penting seperti sukatan bahan mentah dan kondisi alatan dimasukkan kedalam senarai semak supaya proses sentiasa konsisten supaya kualiti dapat dikekalkan. Ia juga akan memudahkan untuk mengesan punca sekiranya masalah berlaku.

Puan Leha juga memastikan aktiviti DMAIC ini akan dilakukan secara berterusan agar prosesnya dapat dapat diawasi dan ditingkatkan setiap masa.

Hasil dari DMAIC ini Puan Leha telah berjaya menjejak punca permasalahannya, menyelesaikannya dan sekaligus dapat menjimatkan masa, tenaga serta kos. Beliau dapat menikmati keuntungan yang maksima dengan bantuan DMAIC.

Pelanggan tidak lari malah bertambah, proses bertambah baik serta konsisten, kualiti meningkat, jualan bertambah dan keuntungan berganda dinikmati.

#DMAIC
#leansixsigma
#tingkatkankeuntungan
#IKS
#sixsigmamalaysia










Comments

Popular posts from this blog

BAHAGIAN 10 - KITARAN PDCA (PLAN, DO, CHECK, ACT) UNTUK PENINGKATAN BERTERUSAN

5 TIPS UNTUK PENINGKATAN KUALITI

KEPUASAN PELANGGAN BOLEH MENINGKATKAN KEUNTUNGAN?