KISAH USAHAWAN KEK COKLAT & D.M.A.I.C (BAH.1)


DMAIC adalah senjata utama bagi six sigma. Bagi yang baru mendengar tentang DMAIC dan six sigma pasti akan merasa ragu-ragu dan takut untuk menggunakan DMAIC. Mereka takut jika mereka perlu menjadi pakar statistik atau matematik sebelum boleh menggunakan DMAIC.

DMAIC adalah penyelesai masalah. dalam perniagaan tidak kira apa jenis pun, kerana kita pasti tidak dapat lari dari permasalahan. Kita sebagai pemilik perniagaan sedaya upaya untuk mencari apakah punca kepada permasalahan kita.

Beberapa contoh seperti bagaimana untuk mengurangkan pembaziran (aktiviti, masa), bagaimana untuk meningkatkan mutu dan kualiti, serta bagaimana untuk menebalkan poket kita dengan wang.

Disinilah DMAIC akan digunakan dan dimanfaatkan. DMAIC adalah singkatan kepada Define, Measure, Analyze, Improve & Control.

Kisah DMAIC & Pengusaha Kek Coklat

Pengusaha dan pemilik syarikat kek coklat ini ialah Puan Leha. Kek Coklat Puan Leha memang sangat popular di Klang. Beliau mempunyai kedai kecil dan di situlah dia membuat dan dalam masa sama menjual kek coklatnya.

Puan Leha tidak mempunyai pekerja. Beliau sentiasa merasakan seperti ada kebocoran dari segi aliran tunai. Adakala perniagaan macam ok tapi ada kala macam seperti ada yang tidak kena. Akan tetapi beliau tidak tahu apa puncanya.

Di sinilah DMAIC akan diaplikasikan dalam permasalahan Puan Leha. Pada peringkat ini, DEFINE akan mula digunakan.

1)  DEFINE (Tentukan)

Apa sebenarnya yang berlaku?

Puan Leha perlu tahu atau cuba senaraikan 4 permasalahan utama yang memberi kesan kepada perniagaannya. Ini merujuk kepada isu kepuasan pelanggan, kualiti, kepantasan perkhidmatan dan kos.

Dari segi isu kepuasan pelanggan dan kualiti, setakat ini Puan Leha merasakan  tidak mempunyai sebarang masalah. Dari segi presentasi kek coklat beliau kekal lembap dan basah. Toppingnya tidak cair dan cukup kelikatannya. Cuma sejak perniagaannya semakin meletup, timbul pula isu lain seperti:

1) Perubahan dari segi rasa. Rasa yang tidak konsisten. Ada kala pahit.
2) Banyak tempahan pada waktu tertentu. Tidak menang tangan sehingga ada pelanggan       yang lewat terima/tidak sabar menunggu.
3) Terlalu berkira untuk mengambil pekerja
4) Kek coklat berkulat. Produk/wang terpaksa terpaksa dikembalikan.

Apakah yang harus Puan Leha lakukan?

Permulaan: Cuba senaraikan proses yang dilakukan secara berulang-ulang setiap hari. 

Dalam kes Puan Leha, proses pembuatan kek coklatnya.

(A) Proses A
 penyediaan bahan:
 basuh telur, tepung dan koko (sukat dan ayak)

- pastikan alatan berfungsi dengan baik:
 acuan, mesin pengadun, oven atau tempat mengukus kek dan pembungkusan

- penyimpanan:
 susun kek di rak

(B) Proses B
- pembelian:
 Puan Leha terpaksa kerap keluar untuk membeli stok untuk keperluan bagi  memenuhi  permintaan yang semakin meningkat.

Jadi, Puan Leha telah berjaya (secara kasar) mengesan kelemahan dan permasalahan berdasarkan proses yang telah disiapkan diperingkat DEFINE ini.

Rumusan peringkat DEFINE:

1 ) Isu berkaitan rasa kek tidak konsisten dan berkulat boleh dikategorikan sebagai masalah berkenaan kualiti produk.

Berdasarkan senarai proses yang telah dibuat ia berkemungkinan disebabkan oleh cara pembuatan yang tidak konsisten. Jumlah kuantiti tempahan yang tidak menentu (ada kala banyak) mungkin antara puncanya disebabkan oleh sukatan yang digunakan berbeza-beza. Manual cara pembuatan adalah kritikal bagi mengatasi masalah ini.

2 ) Isu lewat penghantaran pula boleh dikategorikan sebagai masalah berkenaan kepuasan pelanggan dan juga kepantasan perkhidmatan yang diberikan.

Berdasarkan senarai proses yang telah dibuat ia berkemungkinan disebabkan oleh masalah putus bekalan yang sering dihadapi oleh Puan Leha. Penyimpanan stok bahan mentah adalah kritikal bagi mengatasi masalah ini. Terlebih menyimpan stok mungkin akan memberi kesan dari segi kos manakala jika terkurang boleh menjejaskan masa pembuatan. Ia harus diselaraskan.


 2) MEASURE (NIlai)

Pada peringkat ini, Puan Leha perlu menilai:
i. Berapa lama masalah ini telah berlaku?
ii.Berapa lama masa yang perlu diambil bagi setiap proses?

Ini bertujuan untuk menentukan masalah ini memberi kesan yang cukup signifikan bagi kita untuk mengambil langkah penambahbaikan. Masa dan kos yang dilaburkan bagi tujuan penambahbaikan harus setimpal dengan pulangan yang akan diperoleh dari sudut kualiti dan kepuasan pelanggan.

Penilaian dari sudut masa pula adalah bertujuan untuk merangka penyelesaian bagi proses-proses yang perlukan penambahbaikan dari sudut gerak kerja, jangka masa, dan kos.

- Bersambung -

#DMAIC
#leansixsigma
#IKS
#tingkatkan keuntungan
#sixsigmamalaysia



Comments

Popular posts from this blog

BAHAGIAN 10 - KITARAN PDCA (PLAN, DO, CHECK, ACT) UNTUK PENINGKATAN BERTERUSAN

5 TIPS UNTUK PENINGKATAN KUALITI

KEPUASAN PELANGGAN BOLEH MENINGKATKAN KEUNTUNGAN?