LEAN SIX SIGMA :ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA?


Kejayaan kini sentiasa bergantung kepada bagaimana untuk bergerak dan bekerja dengan lebih bijak, lebih pantas dan lebih hebat. Kebanyakan syarikat baik di Malaysia atau Antarabangsa sudah mula memberikan tumpuan dan komitmen mereka untuk mengaplikasikan Lean Six Sigma.

Untuk menerapkan Lean Six Sigma sebagai satu budaya ke dalam syarikat atau organisasi anda bukanlah suatu perjalanan yang singkat. Hakikatnya, ia merupakan satu perjalanan yang panjang.

Anda sudah mempunyai perniagaan tetapi masih belum mengenali apatah lagi mengaplikasi Lean Six Sigma? Masih belum terlambat dan mulakanlah dari sekarang. Cuma AWAS, sekali anda sudah bertindak, anda tidak boleh berhenti.

Kenapa? Sebabnya, ekonomi boleh berubah, proses akan sentiasa berubah dan pelanggan juga semakin berubah dan semakin bijak. Ditambah lagi dengan persaingan yang semakin sengit, pasti tuntutan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik dan lebih mantap, lebih pantas dan lebih murah dan jimat adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang sepi.

Anda perlu sentiasa bersiap sedia dan tanamkan dalam minda anda bahawa persaingan semakin sengit, pelanggan anda semakin bijak dan krisis ekonomi pasti akan berlaku lagi. 

Anda perlu peka dengan pelanggan. Pelanggan sentiasa inginkan kualiti yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Sekiranya anda gagal berikan yang lebih baik maka anda akan ditinggalkan dan pelanggan anda akan beralih kepada pesaing anda. Inilah yang sering berlaku kepada kebanyakan syarikat.

Sanggupkah anda melihat pesaing anda lebih jauh ke hadapan dan lebih berdaya saing daripada anda sedangkan anda masih berada di tahap yang sama selepas 5-10 tahun?

Adakah anda ingin terus kukuh walau ekonomi mengalami krisis?

Tidakkah anda mahu melihat pelanggan terus setia dengan anda setelah anda bersusah payah "memikat" pelanggan anda melalui strategi pemasaran?

Pilihan di tangan anda.

Persoalannya, adakah anda sanggup melihat kelemahan anda terbongkar dan adakah anda ingin mengetahui cara mengatasinya? Apa lagi yang perlu ditingkatkan dalam syarikat anda? Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi ia satu tindakan yang sangat berbaloi.
.
Jadi, anda sudah bersedia untuk memulakan perjalanan anda dengan Lean Six Sigma?

#leanixsigma
#leansxsigmasatupermulaan





Comments

Popular posts from this blog

BAHAGIAN 10 - KITARAN PDCA (PLAN, DO, CHECK, ACT) UNTUK PENINGKATAN BERTERUSAN

5 TIPS UNTUK PENINGKATAN KUALITI

KEPUASAN PELANGGAN BOLEH MENINGKATKAN KEUNTUNGAN?