KENAPA LEAN SIX SIGMA?

1)            Meningkatkan Keuntungan/Pendapatan :

Lean Six Sigma meningkatkan hasil syarikat atau organisasi anda dengan menyusun proses agar lebih kemas. Proses yang telah diperkemas akan membolehkan produk atau perkhidmatan dapat dihasilkan dan diberikan dengan lebih cepat dan cekap. Hasilnya, produk atau perkhidmatan anda akan lebih berkualiti .

Secara ringkasnya , Lean Six Sigma dapat meningkatkan pendapatan dengan membolehkan syarikat atau organisasi mampu untuk to do more with less.

2)         Mengurangkan Kos :

Lean Six Sigma dapat mengurangkan kos syarikat atau organisasi anda melalui:                     

(i)     Menyingkirkan “Pembaziran/sisa" dari sesuatu proses. Pembaziran/sisa merupakan aktiviti yang tidak diperlukan di dalam sesuatu proses untuk mengeluarkan produk atau menyediakan perkhidmatan agar ia mengikut kepada spesifikasi .

(ii)     Menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh sesuatu proses. Masalah kecacatan pada produk atau perkhidmatan yang akan memberi kesan kewangan kepada syarikat/organisasi anda .

3)        Meningkatkan Kecekapan

Lean Six Sigma meningkatkan kecekapan organisasi anda dengan :

(i)   Memaksimumkan usaha organisasi anda ke arah menyampaikan produk atau perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan

(ii)    Membenarkan organisasi anda untuk berkembang maju dengan terhasilnya proses baharu, yang telah diberi sentuhan penambahbaikan.  

Secara ringkasnya , Lean Six Sigma membolehkan anda untuk membuat proses dengan lebih cekap supaya organisasi anda boleh menghasilkan dan menyampaikan lebih banyak produk atau perkhidmatan dengan pantas, dan pelanggan anda lebih berpuas hati berbanding sebelum ini.

4)         Membangunkan pekerja/individu yang cekap


Lean Six Sigma membangunkan pekerja yang lebih cekap dalam syarikat/organisasi anda dengan :


(i)    Melibatkan pekerja dalam proses penambahbaikan. Ini menggalakkan penyertaan mereka secara aktif (keputusan dan hasil yang segera) dengan melibatkan pasukan yang bertanggungjawab.

(ii)   Membina kepercayaan. Ketelusan di semua peringkat syarikat/organisasi amat dititikberatkan dengan memahami bahawa “setiap orang adalah penting untuk kejayaan organisasi.”

Pada asasnya , Lean Six Sigma membentuk dan mewujudkan rasa kebertanggungjawaban dalam “jiwa” pekerja anda dan merasakan mereka adalah sebahagian daripada syarikat/organisasi. Ini akan meningkatkan kecekapan pekerja tersebut dalam membuat/menghasilkan keputusan bagi mana-mana projek penambahbaikan yang mereka terlibat.

Selalunya, kelebihan ini dipandang sepi oleh syarikat/organisasi, tetapi sebenarnya kelebihan inilah yang meningkatkan peluang kejayaan yang berterusan kepada perniagaan anda.

5)            Kepuasan Pelanggan


Lean Six Sigma memberi tumpuan bukan sahaja kepada penambahbaikan produk , tetapi juga penambahbaikan kepada kaedah penghasilan dan penyampaian produk serta aktiviti perkhidmatan pelanggan yang jelas memberi kesan kepada kepuasan pelanggan .


Dengan meningkatnya kepuasan pelanggan, akan membawa kepada “pengulangan perniagaan”, nama dan imej syarikat/organisasi anda semakin dikenali, syarikat anda menjadi buah mulut orang, seterusnya meningkatkan jualan dan membawa kepada kejayaan perniagaan secara keseluruhan.

6)            Persaingan lebih kuat

Bagi pelanggan dan rakan kongsi, apa yang ada di dalam minda mereka ialah menginginkan kecemerlangan prestasi dan kejayaan. Dengan Lean Six Sigma, ia akan menjadikan anda lebih berdaya saing dalam semua aspek operasi perniagaan agar anda mampu mencapai kecemerlangan dan kejayaan tersebut.

#leansixsigma
#kelebihanleansixsigma

Comments

Popular posts from this blog

BAHAGIAN 10 - KITARAN PDCA (PLAN, DO, CHECK, ACT) UNTUK PENINGKATAN BERTERUSAN

5 TIPS UNTUK PENINGKATAN KUALITI

KEPUASAN PELANGGAN BOLEH MENINGKATKAN KEUNTUNGAN?