LEAN SIX SIGMA : DUA "KUASA" BERGABUNG MENJADI SATU
Sebelum ini, artikel saya ada menjelaskan tentang Lean
dan Six Sigma secara berasingan. Lean dan Six Sigma merupakan dua metodologi yang terbukti
dapat memperbaiki kualiti, masa dan kos. Gabungan kedua-dua metodologi ini dapat
memberikan manfaat berganda kepada syarikat atau organisasi anda dan menjadikan
syarikat atau organsasi anda lebih berdaya saing.
Lean dan Six Sigma merupakan dua kuasa yang mempunyai tujuan sama, namun, mempunyai pendekatan
yang berbeza:
Jika anda hanya pilih salah satu
daripada 2 metodologi tersebut, maka tahap untuk menyelesaikan sesuatu
permasalahan adalah sangat terhad. Akan tetapi, jika 2 metodologi ini
digunakan, ia saling melengkapi dan mudah bagi anda untuk menyelesaikan masalah
dengan sempurna terutamanya di dalam merungkai setiap proses yang bermasalah.
Mana satu ingin diaplikasi terlebih
dahulu? Disarankan, sebagai langkah permulaan Lean perlu terlebih dahulu digunakan, dengan menjadikan tempat kerja anda lebih cekap
dan meningkatkan pemahaman tentang sesuatu
proses dan permasalahannya.
Kemudian, setelah permasalahan dalam
sesuatu proses berkurangan, maka alat statistik Six Sigma yang lebih teknikal
boleh digunakan.
#leansixsigma
#integrasi
Facebook : www.facebook.com/LeanSixSigmaForBusiness
Comments
Post a Comment