KENALI "SENJATA" UTAMA SIX SIGMA IAITU D.M.A.I.C

Apakah “senjata” yang menjadi tulang belakang kepada six sigma dalam menyelesaikan masalah anda? Jawapannya adalah DMAIC. DMAIC memberikan prestasi yang bersifat “defect-free” secara berterusan dan untuk tempoh jangka masa panjang. DMAIC juga mampu membuatkan prestasi kualiti produk atau servis anda berada di tahap terbaik dan berdaya saing.


DMAIC adalah singkatan kepada DEFINE, MEASURE, ANALYZE, IMPROVE dan CONTROL.
Semua fasa DMAIC ini WAJIB dilakukan dan disempurnakan mengikut turutannya:

DEFINE

Untuk peringkat DEFINE ini, anda perlulah :

  1. Menentukan apakah permasalahan yang timbul? Apakah matlamat projek?
  2. Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah tersebut?
  3. Apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh pelanggan anda? Melihat dari sudut persepktif pelanggan itu sendiri.
  4. Tentukan proses apakah yang sangat kritikal?
MEASURE

Peringkat MEASURE pula adalah tentang apa yang anda perlu buat? Anda perlu :

  1. Fahami proses/prestasi anda.
  2. Buatkan satu rajah tentang prestasi proses semasa dan mula tentukan jurang/perbezaan di antara prestasi proses semasa dan prestasi proses yang sepatutnya dicapai
  3. Kumpul data agar ia dapat dijadikan asas untuk penambahbaikan proses/prestasi sedia ada
  4. Kaji dan buat penilaian risiko dalam sesuatu proses
  5. Cuba ukur prestasi semasa proses anda
ANALYZE

Di peringkat ANALYZE ini, anda perlu :

  1. Cari apakah “key factor” yang mempunyai impak paling besar dalam sesuatu proses
  2. Siasat, tentukan dan senaraikan apakah sebab dan punca masalah
  3. Tumpukan kepada penyelesaian dan penyingkiran punca masalah

IMPROVE

Peringkat IMPROVE pula anda akan :

  1. Mengenalpasti dan fokus kepada kaedah penyelesaian yang paling kreatif, senang dan mudah
  2. Mewujudkan satu pelan pelaksanaan yang terperinci
  3. Melakukan penambahbaikan

CONTROL

Melalui peringkat terakhir ini apa yang anda perlu buat?

  1. Selepas penambahbaikan dilakukan, anda perlu kekalkan dan “pertahankan” hasil dari penambahbaikan tersebut. Jangan bertukar kepada cara yang lama.
  2. Awasi gerak geri proses agar penambahbaikan tersebut terus berjaya.
  3. Wujudkan pelan kawalan (contoh : panduan apakah cara untuk mengawasi proses yang telah diperbaiki dan tindakbalas jika berlaku ketidakstabilan didalam proses)

#dmaic
#leansixsigma
#leansixsigmaforbusiness
Facebook: http://www.facebook.com/LeanSixSigmaForBusiness

Comments

Popular posts from this blog

BAHAGIAN 10 - KITARAN PDCA (PLAN, DO, CHECK, ACT) UNTUK PENINGKATAN BERTERUSAN

5 TIPS UNTUK PENINGKATAN KUALITI

KEPUASAN PELANGGAN BOLEH MENINGKATKAN KEUNTUNGAN?