John Francis “Jack” Welch, Jr, adalah seorang eksekutif perniagaan berbangsa Amerika, seorang penulis, dan jurutera kimia. Beliau merupakan mantan Pengerusi & CEO di General Electrics (“GE”) di antara 1981-2001. Sepanjang perkhidmatan beliau di GE, beliau telah membantu GE melonjakkan keuntungan GE sehingga 4000%. Jack Welch merupakan orang yang bertanggungjawab menaikkan keuntungan syarikat dengan menggunakan kaedah Six Sigma sekitar lewat tahun 1995. Kaedah Six Sigma ini awalnya telah dibangunkan oleh Motorola sekitar tahun 1981 (“Motorola Six Sigma Programme”). Namun, kaedah Six Sigma ini menjadi semakin terkenal selepas Jack Welch menggunakan kaedah tersebut sehingga membawa kepada kejayaan yang cemerlang kepada GE. Buktinya, pada tahun 1980, sebelum Welch menjadi CEO di GE, GE telah merekodkan keuntungan sekitar $26.8 juta. Namun, pada tahun 2000, keuntungan syarikat telah melonjak kepada $130 billion dan menjadikan GE sebagai “the most valuable company i...