Bagi yang memahami dan memakai prinsip 5s pasti akan mengetahui kelebihan 5s dalam memberikan kesan yang baik kepada syarikat. Secara ringkasnya, 5 sasaran atau manfaat dapat dinikmati oleh syarikat yang melaksanakan kesemu:a prinsip 5s ini iaitu: Mengurangkan “cycle time”. Masa dapat dijimatkan dan masalah kelewatan (contoh : penghantaran) dapat diatasi Meningkatkan tahap kecekapan (efficiency) dan moral pekerja. Kerja dilakukan mengikut jadual, teratur dan masalah kecacatan/kerosakan produk dapat dikurangkan Memberikan ruang kerja yang selamat dan bersih Mengurangkan kos inventori. Barang keperluan dan penggunaan ruang penyimpanan dapat diminimumkan Meningkatkan kepuasan pelanggan. Semestinya pelanggan mahukan produk yang berkualiti tinggi, kos rendah dan cepat disediakan Sasaran ini dapat dicapai sekiranya pihak pekerja dan pengurusan terlibat secara aktif, bukan hanya diperingkat penilaian (assessments) tetapi merangkumi perin...
PDCA (Plan, Do, Check, Act) merupakan satu metodologi yang digunakan oleh syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi sebagai satu sistem peningkatan berterusan. Ia juga dikenali sebagai Kitaran “Deming (diambil sempena nama W. E. Deming) di mana metodologi ini cuba menjelaskan kepada anda 4 fasa penting iaitu Plan, Do, Check, Act yang perlu dilakukan secara sistematik demi memastikan peningkatan berteusan dapat dicapai sepenuhnya. Artikel kali ini, akan menerangkan secara ringkas fasa-fasa PDCA, bagaimana PDCA dapat digunakan dengan betul kerana PDCA merupakan prinsip yang paling penting untuk peningkatan kualiti yang berterusan. Fasa-fasa PDCA ini yang akan menunjukkan kepada anda jalan untuk meningkatkan kualiti sesuatu proses atau produk (contoh: memudah menyelesaikan masalah, mengurangkan kecacatan produk, kecekapan dapat ditingkatkan & mengurangkan risiko). Kitaran PDCA tidak akan tamat setelah anda sempurnakan keempat-empat fasa tersebut malah anda perlu m...
Sebelum mula, kita perlu: Jelas dan betul-betul faham apa masalah@apa yang tidak kena dengan proses kita Pastikan staf atau rakan sekerja yang mengendalikan proses atau yang bertanggungjawab untuk mengendalikan peningkatan proses dapat membantu kita Berkongsi dengan team tentang perancangan penambahbaikan proses dan apakah target prestasi yang perlu dicapai. D – DEFINE Peringkat ini adalah untuk mengesan masalah. Kita perlu kenalpasti dan tentukan jenis masalah yang dihadapi. Perlu ambil kira apa yang pelanggan ‘sakit hati’ dengan produk atau perkhidmatan kita. Cuba guna soalan di bawah untuk memudahkan kita mendapat jawapan (a) Apa yang tidak kena? (b) Apakah yang pelanggan inginkan dan jangkakan? (c) Di mana punca kesilapan atau permasalahan itu? (d) Apakah simptom permasalahan tersebut? (e) Apakah matlamat penambahbaikan? Apa yang anda jangkakan...
Comments
Post a Comment