KEPUASAN PELANGGAN BOLEH MENINGKATKAN KEUNTUNGAN?


Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada peningkatan keuntungan kepada sesebuah syarikat. Kawalan Kos yang baik, produktiviti dan strategi pemasaran adalah faktor-faktor yang memberikan impak kepada syarikat anda. Terdapat satu lagi faktor yang sesetengah syarikat “lupa” untuk beri tumpuan iaitu mengekalkan atau meningkatkan tahap Kepuasan Pelanggan.

Kepuasan Pelanggan adalah penting. Ia penting bukan sahaja semata-mata untuk “menjaga hati” mereka tetapi juga menjaga “poket” syarikat anda. Tahukah anda dengan memberi tumpuan kepada meningkatkan kepuasan pelanggan, ia juga mampu untuk meningkatkan keuntungan syarikat anda?

Kepuasan Pelanggan merujuk kepada kualiti pengalaman yang dialami oleh pelanggan itu sendiri, yang berkait rapat dengan keperluan dan jangkaan (expectation) pelanggan. Biasanya, pelanggan yang melalui pengalaman yang baik atau yang berkualiti, mereka akan berasa gembira kerana keperluan dan jangkaan mereka dapat dipenuhi. Itu antara petanda mereka berpuas hati.

Mengapa kepuasan pelanggan begitu dititikberatkan pada masa kini? 


Ini kerana persaingan yang semakin sengit dan anda akan berhadapan dengan kemungkinan kehilangan pelanggan.  Sebab itu, anda perlu fokus dan mengetahui cara dan bagaimana untuk “ikat” hati dan kaki mereka agar mereka tidak hilang. Anda juga perlu tanamkan dalam minda Kepuasan Pelanggan merupakan salah satu faktor “Keuntungan Jangka Masa Panjang”.

Bagaimana?

1)            Jaga Dan Kekalkan Pelanggan Setia Anda
Pelanggan yang berpuas hati, akan menghasilkan keuntungan tambahan kerana mereka adalah pembeli tegar dan mereka ini cenderung untuk menjadi pelanggan yang setia. Mereka akan terus kembali kepada Anda malah mereka berpotensi untuk membeli produk baru anda. Jadi, anda tidak perlu untuk mengeluarkan kos yang banyak sebagaimana kos untuk menarik pelanggan baru.

2)         Perhatikan Proses Anda Untuk Mengurangkan Kecacatan & Kelemahan Produk Serta Pemulangan Produk Anda
Pemulangan produk adalah tanda pelanggan anda tidak berpuas hati. Bukan itu saja, mereka pasti inginkan wang mereka dikembalikan. Ini amat mendukacitakan mereka bahkan anda juga. Jadi, perhatikan semula proses anda dan jangan biarkan kecacatan dan kelemahan tersebut berulang lagi. Ini penting agar pelanggan anda yakin dengan anda dan anda dapat menikmati keuntungan yang sepatutnya.
              
3)            Memberikan Nilai
Anda boleh meningkatkan kepuasan pelanggan dengan memberikan sesuatu yang bernilai kepada pelanggan anda. (Nilai di sini merujuk kepada produk atau perkhidmatan yang mampu menyelesaikan permasalahan mereka dan sesuatu yang mereka sanggup bayar). Jika mereka dapat menikmati nilai tersebut mereka pasti akan kembali semula untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan anda.

4)            Buah Mulut Orang Ramai Dan Lahirnya Pelanggan Baru
Pelanggan yang berpuas hati akan cenderung untuk “menyebarkan” rasa gembira mereka kepada umum. Seolah-olah mereka melakukan pemasaran percuma untuk Anda. Melalui pengalaman mereka sahaja akan mampu membuatkan lebih ramai (pelanggan baru) yang akan pergi kepada anda untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan anda. Jualan meningkat dan keuntungan bertambah.

#leanmalaysia
#sixsigmamalaysia
#kepuasanpelanggan
#tingkatkankeuntungan






Comments

Popular posts from this blog

BAHAGIAN 10 - KITARAN PDCA (PLAN, DO, CHECK, ACT) UNTUK PENINGKATAN BERTERUSAN

5 TIPS UNTUK PENINGKATAN KUALITI