LEAN SIX SIGMA :ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA?
.png)
Kejayaan kini sentiasa bergantung kepada bagaimana untuk bergerak dan bekerja dengan lebih bijak, lebih pantas dan lebih hebat. Kebanyakan syarikat baik di Malaysia atau Antarabangsa sudah mula memberikan tumpuan dan komitmen mereka untuk mengaplikasikan Lean Six Sigma. Untuk menerapkan Lean Six Sigma sebagai satu budaya ke dalam syarikat atau organisasi anda bukanlah suatu perjalanan yang singkat. Hakikatnya, ia merupakan satu perjalanan yang panjang. Anda sudah mempunyai perniagaan tetapi masih belum mengenali apatah lagi mengaplikasi Lean Six Sigma? Masih belum terlambat dan mulakanlah dari sekarang. Cuma AWAS, sekali anda sudah bertindak, anda tidak boleh berhenti. Kenapa? Sebabnya, ekonomi boleh berubah, proses akan sentiasa berubah dan pelanggan juga semakin berubah dan semakin bijak. Ditambah lagi dengan persaingan yang semakin sengit, pasti tuntutan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik dan lebih mantap, lebih pantas dan lebih murah dan jimat adalah sesuat...