Dalam industri pembuatan dan pengilangan, Lean sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Namun, tidak ramai yang “percaya” bahawa Lean merupakan antara tonggak utama untuk membawa sesebuah syarikat lebih maju ke hadapan. Lean merupakan satu revolusi yang membawa perubahan secara keseluruhan kepada sesuatu perniagaan. Ia berkait rapat dengan rantaian bekalan (supply chain), pengurusan perniagaan dan pengurusan sumber manusia. Seperti yang pernah dikongsikan sebelum ini, Lean didefinisikan sebagai suatu prinsip dan kaedah yang memberi fokus kepada penghapusan aktiviti “non-value added” di dalam proses yang boleh menyebabkan pembaziran (waste). Ia juga digelar sebagai Lean kerana pada pengakhirannya, sesuatu proses itu masih boleh berjalan dengan: (i) berkurangannya penggunaan bahan material; (ii) pelaburan atau modal yang lebih rendah; (iii) ...