Posts

TENTANG BLOG INI

TENTANG BLOG Blog ini diwujudkan sebagai platform untuk berkongsi dan memberi maklumat kepada audiens berkenaan misi, visi, objektif, informasi serta pengetahuan dan pengalaman khusus mengenai Lean Manufacturing dan Six Sigma . Blog ini akan sentiasa dikemaskini bagi membolehkan audiens mendapat informasi terkini untuk dijadikan sebagai sumber rujukan dalam proses penambahbaikan atau transformasi yang akan dijalankan.  MISI Misi blog adalah untuk memberi input yang bernilai secara menyeluruh bagi meningkatkan pengetahuan berkenaan lean manufacturing dan six sigma, menyediakan kaedah atau bimbingan serta saranan bagaimana penambahbaikan ini dapat dilaksanakan dan membantu meningkatkan kefahaman lebih mendalam berkenaan topik ini. VISI Menjadi blog utama dalam membantu memperbaiki tahap perniagaan serta meningkatkan keuntungan syarikat dengan cara mempraktikkan amalan Lean Manufacturing dan Six Sigma. OBJEKTIF Objektif blog ialah menyediakan maklumat...

BAHAGIAN 1 - PERKONGSIAN KEJAYAAN SYARIKAT YANG TELAH MENGAMALKAN KAEDAH LEAN/SIX SIGMA DALAM INDUSTRI MAKANAN

Syarikat-syarikat antarabangsa telah sedar dan memperakui bahawa dengan kualiti produk yang lemah akan menyebabkan syarikat mereka terpaksa mengeluarkan kos bernilai jutaan ringgit setiap tahun untuk pembaikan. Namun kepercayaan pelanggan adalah suatu yang sukar untuk dikompromi. Oleh itu, mereka telah mengamalkan kaedah Lean & Six Sigma untuk mengurangkan kos tersebut tanpa mengenepikan isu kualiti malah mampu memberikan lebih keuntungan. Syarikat H. J. Heinz Menurut Syarikat Heinz Lean & Six Sigma banyak membantu Heinz dalam memastikan ‘waste’ sentiasa di dalam keadaan terkawal dan dalam masa yang sama kehendak spesifikasi dapat dikekalkan. Di dalam “yield improvement project”, Lean telah membantu kami mengurangkan ‘waste’ dan mengoptimumkan proses manakala Six Sigma membantu dalam mengawal produk mengikut spesifikasi melalui kaedah SPC (Statistical Process Control). Syarikat Nestle Waters Nestle USA: “Manufacturing That Sustains ” Menurut Nestle, kepatuhan ad...

SIAPA JACK WELCH?

Image
John Francis “Jack” Welch, Jr, adalah seorang eksekutif perniagaan berbangsa Amerika, seorang penulis, dan jurutera kimia. Beliau merupakan mantan Pengerusi & CEO di  General Electrics (“GE”) di antara 1981-2001. Sepanjang perkhidmatan beliau di GE, beliau telah membantu GE melonjakkan keuntungan GE sehingga 4000%. Jack Welch merupakan orang yang bertanggungjawab menaikkan keuntungan syarikat dengan menggunakan kaedah Six Sigma sekitar lewat tahun 1995. Kaedah Six Sigma ini awalnya telah dibangunkan oleh Motorola sekitar tahun 1981 (“Motorola Six Sigma Programme”). Namun, kaedah Six Sigma ini menjadi semakin terkenal selepas Jack Welch menggunakan kaedah tersebut sehingga membawa kepada kejayaan yang cemerlang kepada GE. Buktinya, pada tahun 1980, sebelum Welch menjadi CEO di GE, GE telah merekodkan keuntungan sekitar $26.8 juta. Namun, pada tahun 2000, keuntungan syarikat telah melonjak kepada $130 billion dan menjadikan GE sebagai “the most valuable company i...

Quotes Of The Day

“Six Sigma is a quality initiative for achieving world class performance”                                                     -Sumber:sixsigmaworld.blogspot.com-

Quotes Of The Day

“ Six Sigma Sharpens Services, not just for manufacturing anymore, the superhero of methodologies has improved financial & telecom sectors.”                                                            -Author: Zachery Brice for Quality Digest Magazine-

KENAPA KEDUA-DUA LEAN & SIX SIGMA DIPERLUKAN UNTUK MENGURANGKAN "DEFECT"?

Sekiranya SIX SIGMA sahaja yang digunapakai dalam sesuatu pemprosesan, ia tidak dapat memperbaiki kelajuan proses ("process speed"). Oleh sebab itu, kita memerlukan LEAN. Manakala sekiranya LEAN sahaja yang digunakai dalam sesuatu pemprosesan, ia tidak mampu membuatkan sesuatu proses "under statistical control" ("under statistical control" adalah merujuk kepada tahap kualiti yang tinggi). Sebab itu kita memerlukan SIX SIGMA. Keseluruhannya, untuk mencapai penambahbaikan secara pantas dari sudut kelajuan proses (process speed), kos dan kualiti, ia memerlukan kedua-dua kombinasi LEAN dan SIX SIGMA.

Apa itu Six Sigma?

Image
Six Sigma merupakan satu pendekatan menyeluruh untuk menyelesaikan masalah melalui kaedah DMAIC yang menjamin keseluruhan proses dan produk yang dihasilkan dapat memuaskan pelanggan. Secara ringkasnya Six Sigma merujuk kepada:   menghapuskan "Reject" --> memendekkan "cycle time" pemprosesan --> penjimatan kos