LEAN SIX SIGMA UNTUK PERNIAGAAN KECIL & SEDERHANA
Lean Six Sigma sebenarnya telah lama diamalkan oleh syarikat-syarikat antarabangsa seperti Toyota, Motorola, Xerox dan banyak lagi. Malah di Malaysia semakin banyak syarikat telah mula memberikan tumpuan kepada Lean Six Sigma pada hari ini. Namun, kisah kejayaan syarikat-syarikat besar ini seolah-olah memberi gambaran bahawa Lean Six Sigma hanya sesuai untuk syarikat-syarikat besar sahaja. Jadi, bagaimana kalau syarikat kecil/sederhana ingin menggunakan pendekatan Lean Six Sigma, adakah boleh? Apakah yang menghantui atau mematahkan semangat mereka untuk menggunakan Lean Six Sigma? Seperti syarikat besar, pasti syarikat kecil/sederhana menghadapi dan melalui pelbagai cabaran dan permasalahan dalam perniagaan. Banyak paparan kisah kejayaan syarikat-syarikat besar yang berjaya “menyelamatkan” syarikat mereka dan meningkatkan keuntungan sehingga berbillion dollar dengan “bantuan” Lean Six Sigma. Akan tetapi syarikat kecil/sederhana seakan-akan curiga atau tidak yakin u...