Sama ada anda perasan atau tidak setiap hari anda pasti melalui pelbagai jenis proses dalam perniagaan. Ini termasuklah menghasilkan sesuatu produk, menerima tempahan, menguruskan penghantaran, menerima dan menjawab aduan daripada pelanggan dan juga membuat dan menjawab panggilan pelanggan. Ada kala proses ini berjalan dengan baik. Ada kala anda berhadapan dengan proses yang tidak baik yang mengakibatkan pelanggan anda tidak gembira. Contohnya kita tidak dapat menepati tarikh akhir bagi penghantaran atau produk rosak dan mengalami kecacatan. Akhirnya anda terpaksa berhadapan dengan kos yang semakin bertambah. Jika diberi pilihan, mana satu yang anda inginkan? Perniagaan yang secara konsisten mencapai kesempurnaan atau cukup sekadar dengan perniagaan yang biasa-biasa sahaja? Ketahuilah, untuk meletakkan perniagaan ke tahap yang lebih baik, anda memerlukan proses yang lebih baik dari yang sebelumnya serta dapat dilaksanakan dan dinilai secara konsisten. Na...