BAHAGIAN 7 - KERUGIAN SYARIKAT DAPAT DIBENDUNG MELALUI KAEDAH 5S

Topik “waste” (pembaziran) sebelum mengenalpasti jenis-jenis aktiviti yang merugikan syarikat. Setelah aktiviti yang merugikan syarikat itu dikesan, syarikat hendaklah mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah kerugian tersebut dengan segera. Satu cara yang paling mudah dan berkesan adalah dengan menggunakan kaedah 5S. Apa itu 5S? 5S merupakan satu teknik, sistem atau kaedah yang sangat efektif untuk diaplikasikan atau digunapakai oleh syarikat dalam menyusunatur serta menguruskan ruang kerja dan aliran kerja dengan lancar dan teratur. Tujuan Pemakaian Kaedah 5S (1) mengurangkan atau menyingkirkan “waste” (pembaziran); (2) setelah aktiviti “waste” dapat disingkirkan, ia dapat memperbaiki dan meningkatkan tahap kecekapan dan produktiviti syarikat. Penerangan 5S Asal usul kepada kaedah 5S ini adalah diambil daripada perkataan Jepun iaitu: (1) ...