Sebelum ini, kebanyakan syarikat bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara menganggap Lean hanya sesuai digunapakai untuk industri pembuatan dan tujuan penambahbaikan operasi sahaja. Akan tetapi, melihat kepada dunia yang penuh persaingan, banyak syarikat telah mula mengubah cara pemikiran dengan mula fokus kepada pemakaian Lean. Menurut satu kajian, dengan pemakaian Lean, selain memberi manfaat kepada operasi syarikat, ia juga banyak memberi manfaat dari sudut operasi, pentadbiran, strategik dan kewangan. Operasi "Lead-Time” berkurangan. Pengurangan ini membolehkan respon diberi dengan pantas dan tiada kelewatan (delay) terutama penghantaran; Produktiviti meningkat. Peningkatan ini memberikan nilai tambah kepada pekerja; Inventori dapat dikurangkan. Penjimatan kos untuk penyimpanan stok; Penambahbaikan kualiti. Berkurangannya kecacatan (defect) dan masalah pembuatan semula (rework); Pembaziran berkurangan, contohnya; kos pengan...